Kereta anda terbakar? Ketahui 5 Punca Utama Kebakaran Kereta

Share on facebook
Share on email
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

kereta terbakar

 

PUNCA KEBAKARAN KERETA

 

Sekiranya anda terlihat api atau terdapat asap keluar dari kenderaan anda semasa anda memandu, jangan risau, jangan panik! Ini adalah tanda kebakaran kereta yang mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja. Situasi ini mungkin agak panik tetapi tindakan pantas boleh membantu mengurangkan risiko yang bakal terjadi. Untuk mengelakkan masalah ini, mari kita pelajari punca berlakunya kebakaran kereta.

 

Berikut adalah senarai punca kebakaran kereta:

 

1. Masalah reka bentuk

Walaupun kecacatan reka bentuk bukan penyebab utama kebakaran kereta berlaku, ia adalah faktor pendorong yang menyumbang kepada situasi kebakaran yang tidak dapat dielakkan. Sesetengah kereta direka kalis kebakaran tetapi tidak semua kereta. Sekiranya pengeluar tidak dapat menemui atau terlepas pandang masalah semasa proses reka bentuk, ini akan menjadi penyebab pertama menyebabkan kebakaran kereta.

 

2. Kereta tidak diselenggara

Mengabaikan atau lupa menjaga kenderaan anda boleh meningkatkan kebakaran api. Sekiranya anda membiarkan bahagian yang pecah, meterial yang bocor, atau pendawaian yang rosak dan tidak dibaiki, ini akan menjadikan kereta anda lebih tinggi risiko untuk berlaku kebakaran.

 

3. Kemalangan kereta

Apabila berlaku kemalangan, bahagian kereta yang terkena impak kemalangan boleh mencetuskan kebakaran kereta. Ia bergantung kepada bahagian yang terkena impak kemalangan tersebut, samada yang cenderung terdedah dengan kebakaran ataupun tidak. Kebanyakan kenderaan telah dilengkapkan dengan zon remuk yang melindungi kawasan dalaman yang penting seperti tangki gas, enjin, dan bateri yang berkesan untuk mencegah kebakaran kereta.

 

4. Pemangkin gas terlalu panas

Sistem ekzos boleh mengeluarkan banyak haba sekiranya bekerja terlalu keras untuk membakar bahan pencemar ekzos. Proses tersebut menjadikan ekzos bahagian kereta yang paling panas. Walaupun kereta itu direka untuk tahan kepanasan suhu kenderaan biasa, ia tidak dapat menahan suhu beberapa ratus darjah lebih tinggi; terutamanya jika anda tinggal di negara yang beriklim panas.

 

5. Enjin yang terlalu panas

Kereta terbakar adalah implikasi dari enjin yang terlalu panas. Ini merupakan contoh bagaiman satu masalah yang timbul dan menjadi punca kebakaran kereta. Ini kerana enjin boleh terlalu panas, yang menjadikan cecair dalaman – penyejuk dan minyak naik dan tumpah di kawasan peredaran yang ditentukan. Ketika itu terjadi, minyak menits dan tersebar ke seluruh bahagian enjin dan ke sistem ekzos, menyebabkan terhasilnya api dan mencetuskan kebakaran kereta.

 

Seperti yang telah disebutkan, kebakaran kereta tidak selalu terjadi, tetapi kebakaran berlaku disebabkan oleh faktor yang telah saya senaraikan. Ia tidak dapat diramalkan! Apa yang penting, semasa kereta anda terbakar, adalah lebih baik untuk menjauhinya. Jangan panik dan cuba menyelamatkan barang-barang anda. Apa sahaja boleh berlaku, termasuk letupan yang boleh mengakibatkan kematian.

 

Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, ketahui punca kebakaran kereta dan sentiasa mengambil tahu keadaan kereta anda.

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

Scroll to Top