Alat Pemadam Api Meletup? Ini fakta yang anda perlu tahu!

Share on facebook
Share on email
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Betul ke Alat Pemadam Api meletup? Ini fakta yang anda perlu tahu!

Baru-baru ni kita lihat, terdapat kes di mana alat pemadam api meletup dan menyebabkan seorang mangsa yang berada berdekatan telah maut akibat letupan tersebut. Apa tunggu lagi, buang je semua alat pemadam api yang ada, bahaya!

Eh sekejap, betul ke alat pemadam api ni senang meletup? Ini fakta yang anda perlu tahu!

Secara amnya, alat pemadam api terbahagi kepada dua jenis, yang diperakui oleh Jabatan BOMBA dan juga yang tidak diperakui oleh Jabatan BOMBA.

Antara syarat utama pemadam api yang perlu diluluskan oleh BOMBA adalah alat pemadam api tersebut mestilah telah diuji oleh pihak SIRIM dan mematuhi standard yang ditetapkan diantaranya ialah MS 1539.

Alat pemadam api meletup kerana tidak mendapat kelulusan SIRIM

Alat Pemadam Api Mudah Alih atau Portable Fire Extinguisher perlu lulus ujian yang dijalankan oleh SIRIM dengan mengikut standard ujian yang telah ditetapkan iaitu MS 1539 Specification for Portable Fire Extinguisher. Part 1: Construction and test methodology khusus untuk menguji alat pemadam api.

SIRIM akan menjalankan ujian terhadap ketahanan alat pemadam api termasuklah ujian hidrostatik untuk menguji ketahanan tong/silinder alat pemadam api.

Silinder alat pemadam api akan diberikan tekanan tertentu sehinggalah ianya meletup. Walaupun tekanan akan terus dimasukkan ke dalam alat pemadam api tersebut, ianya hanya akan pecah namun tidak berkecai.

Manakala corossion test pula ialah bahagian yang susah untuk untuk dilepasi semasa ujian alat pemadam api dijalankan.

fire extinguisher requirement
Bahagian-bahagian di dalam MS 1539

Untuk pengetahuan pembaca, alat pemadam api yang telah lulus ujian dan mematuhi MS 1539 boleh digunakan sehingga 10 tahun dari tahun pemadam api tersebut dibuat. Apabila sudah melebihi 10 tahun barulah ia akan dilupuskan menggunakan kaedah pelupusan yang sesuai.

Berikut adalah cara mengetahui tahun alat pemadam api tersebut dibuat.

fire extinguisher expiry

Mendapat sijil perakuan BOMBA

Perlu diingat, bahawa pemadam api sepatutnya mendapat perakuan dari Jabatan BOMBA dan memliki sijil perakuan yang dipanggil SIJIL PERPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN bagi memastikan pemadam api tersebut mematuhi standard, mampu memadam api dan juga selamat dipakai.

Bagi tujuan perniagaan, pemilik bangunan hanya dibenarkan memasang pemadam api mudah alih yang telah diperakui oleh pihak BOMBA sahaja untuk dipasang di premis mereka.

Oleh itu, amatlah disyorkan bahawa sekiranya kita mahu meletakkan pemadam api dirumah atau kenderaan, kita hendaklah memilih pemadam api yang telah diperakui oleh pihak jabatan BOMBA sahaja kerana ianya lebih terjamin.

Bagi tujuan bangunan komersial, Jabatan BOMBA meletakkan syarat alat pemadam api mereka mestilah diservis setiap tahun sepertimana yang telah digariskan oleh MS 1539 Part 4. Ya, setiap tahun.

Terima kasih kepada Jabatan BOMBA yang menjaga keselamatan kita. Sekiranya tidak, banyaklah pemadam api yang tidak diservis di negara kita.

Namun, sebagai pemilik pemadam api persendirian, anda juga boleh mengambil langkah untuk memeriksa alat pemadam api seperti berikut:

  1. Pemeriksaan hendaklah dilakukan 3 bulan sekali
  2. Pastikan silinder tidak berkarat
  3. Plunger boleh digerakkan
  4. Vent hole tidak tersumbat
  5. Washer boleh bergerak
  6. Discharge tube tidak tersumbat
  7. Nozzle tidak tersumbat
  8. Elakkan dari cahaya matahari terik kerana ianya akan memberikan kesan kepada kandungan alat tersebut

Sekiranya anda ingin tahu, pemadam api yang telah diluluskan oleh SIRIM dan diperakui oleh BOMBA ini bukanlah jenis pemadam api yang mudah meletup. Ia mampu menahan kepanasan sehingga 60 celcius dan mampu menahan tekanan sehingga 24Bar (bagi pemadam api jenis debu kering).

Manakala pemadam api jenis gas CO2 mampu menahan tekanan sehingga 200 bar! Ianya tetap selamat kerana berada di dalam silinder yang direka bentuk bagi tujuan heavy duty.

Pernah nampak pelekat berwarna putih yang ditampalkan pada badan alat pemadam api? Ya, inilah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan BOMBA sekiranya alat pemadam api anda telah diservis oleh kontraktor yang diiktiraf oleh mereka.

alat pemadam api meletup
Sijil alat pemadam api BOMBA

Jika anda lihat foto di atas, sijlil BOMBA ini terdapat tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Pemeriksaan berkala

Dalam proses ini, pemeriksaan terhadap alat pemadam api oleh kontraktor bertauliah perlu dijalankan. Ianya bagi memastikan alat pemadam api anda dalam keadaan baik dan tip top!

alat pemadam api meletup

Cuba cek alat pemadam api anda, lulus atau tidak? Selamat atau tidak?

Sekarang ni, alat pemadam api boleh didapatkan dengan mudah. Boleh dibeli dikedai serbaneka mahupun diperolehi dihujung jari anda dengan harga yang amat murah.

Tetapi, ada diantaranya yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan dan tidak diperakui oleh Jabatan BOMBA.

Jadi, betul ke alat pemadam api meletup?

Jawapannnya, tidak, ia sangat sukar untuk meletup selagi anda tidak membuat modifikasi pada alat tersebut, pastikan anda mendapatkan alat pemadam api yang mengikut piawaian dan melakukan servis secara berkala.

Ingat, jangan disebabkan kejadian ini menyebabkan anda tidak menyimpan pemadam api di rumah atau kereta untuk keselamatan anda. Ini kerana kes kebakaran yang meragut nyawa lebih banyak dari kes pemadam api yang meletup kan.

AITO Firework juga memiliki individu yang mahir, bertauliah dan berpengalaman dalam menservis alat pemadam api. Anda boleh mendapatkan rundingan mengenai alat pemadam api, beli atau servis dari kami.

Jika anda ingin megetahui lebih lanjut sebarang persoalan berkenaan alat pemadam api, kami sedia membantu. Hubungi kami melalui [email protected] atau telefon 03-7831 4791 atau WhatsApp 010-365 2534

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

Scroll to Top