5 Perkara Penting Tentang Alat Pemadam Api Kenderaan

pemadam api kenderaan

Perkara Penting Tentang Alat Pemadam Api Kenderaan

5 Perkara Penting Tentang Alat Pemadam Api Kenderaan

Alat Pemadam Api (APA) ialah salah satu daripada perkara penting yang patut ada di dalam kenderaan anda. Tetapi adakah anda jelas tentang jenis alat pemadam api yang perlu diletakkan di dalam kenderaan anda? Terdapat banyak perkara yang kita tidak tahu mengenai alat pemadam api.

pemdam api kenderaan

1. 1KG ABC DRY POWDER.

Alat pemadam api bersaiz 1KG ini sangat sesuai untuk diletakkan di dalam kenderaan kerana kebakaran pada kenderaan selalunya senang untuk dikesan sebelum ia menjadi api yang marak. Alat pemadam api jenis 1KG ABC DRY POWDER ini akan mempunyai masa pelepasan atau dipanggil discharge time selama 6 saat (dari saat pin keselamatan ditarik sehingga gas habis). 

2. Bawah Tempat Duduk Penumpang Hadapan 

Bawah tempat duduk penumpang hadapan adalah sesuai untuk meletakkan alat pemadam api kerana ia mudah dicapai ketika berlaku sebarang kebakaran pada kenderaan anda. Anda boleh juga meletakkan alat pemadam api di bahagian but belakang tetapi berkemungkinan tidak sempat untuk keluar dan mengambilnya jika tiba-tiba kebakaran berlaku tanpa diduga.

Alat pemadam api tidak boleh diletak di bawah tempat duduk pemandu kerana ketika kecemasan atau perlanggaran, ia mungkin akan tercabut dan bergolek ke pedal minyak di bahagian kaki pemandu. Namun begitu, alat pemadam api tersebut haruslah dipastikan agar mudah ditarik keluar ketika memerlukan.

3. Perlu Diservis 

Walaupun alat pemadam api itu telah digunakan sedikit, serbuk ABC di dalam alat pemadam api tersebut akan menyebabkan nozel berkarat dan tekanan udara di dalam akan perlahan-lahan keluar. Anda perlu menghantar alat pemadam api itu untuk diservis apabila pin telah dibuka dan disembur, walaupun cuma sedikit !

4. Jangan Buang Setelah Digunakan 

Untuk pengetahuan anda, alat pemadam api boleh diservis setelah digunakan dan disarankan untuk menservis alat pemadam api tersebut sebanyak sekali setahun mengikut tarikh tamat tempoh sijil efies. Selain itu, alat pemadam api juga boleh dibuat isian semula ketika servis.

5. Tong Alat Pemadam Api Luput Sehingga 10 Tahun 

Adakah anda tahu bahawa alat pemadam api boleh tahan sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, pemeriksaan haruslah dilakukan setiap tahun untuk memastiikan tekanannya masih ada dan boleh berfungsi.

Mengapa anda perlu menyediakan alat pemadam api di dalam kenderaan anda? Kerana alat pemadam api bukan sahaja digunakan untuk kegunaan persendirian pada kenderaan anda sekiranya terjadi kebakaran, tetapi juga serba sedikit anda boleh membantu orang lain di jalanraya.


Sebenarnya tiada punca yang betul-betul spesifik kenapa sebuah kenderaan boleh terbakar samada terlibat dalam kemalangan ataupun tidak.

Cuma, apa persediaan ANDA jika kenderaan anda terbakar?

1. Jika sedang memandu, SEGERA berhentikan kereta di sebelah kiri jalan atau di laluan kecemasan

2. Matikan enjin kereta, dan segera keluar dari kereta

3. Cuba padam api sekiranya dapati api masih kecil (kebakaran awal)

PUNCA KERETA TERBAKAR :

– Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari ruangan enjin dari batteri dan alternator over charging.

– Sebarang kebocoran pada hos dan pam boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik

– Bendasing yang terkumpul pada bahagian panas enjin dan sistem ekzos juga boleh menyebabkan kebakaran seperti daun dan rumput kering

– Puntung rokok juga boleh menyebabkan kebakaran kereta

– Bahan mudah terbakar yang diletak tempat simpanan belakang kereta juga boleh menyebabkan kebakaran

– Kecacatan rekabentuk tangki minyak boleh menyebabkan ianya meletup jika dirempuh dari belakang

– Kecacatan sistem cruise control juga boleh menyebabkan kebakaran walaupun setelah enjin dimatikan

Rekod kemalangan kebakaran yang tinggi – Kereta pada tahun 2007-2016 mempunyai kemungkinan daripada Batteri dan Alternator terbakar mengeluarkan cecair api daripada pembalut penebat plastik lalu merebak kebawah cover engine yg menakung minyak yang telah leaking lalu menyambar komponen lain dan menyebabkan kebakaran kereta.

 Lihat video penuh mengenai PUNCA-PUNCA KEBAKARAN KENDERAAN.

Walaupun alat pemadam api tidak diwajibkan untuk setiap kenderaan, adalah lebih baik jika kita memilikinya sebagai alat persediaan awal untuk mencegah kebakaran. Malang tidak berbau. 

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top