Cara Pelupusan Alat Pemadam Api

pelupusan alat pemadam api

Cara Pelupusan Alat Pemadam Api

Cara Pelupusan Alat Pemadam Api – Adakah premis atau rumah anda sudah dilengkapi dengan alat pemadam api? Premis seperti bangunan pejabat atau perniagaan wajib dilengkapi dengan alat pemadam api yang telah diluluskan oleh Bomba bagi mendapatkan kelulusan permohonan lesen perniagaan.

Bagi kediaman atau kenderaan, tidak diwajibkan untuk memasang alat pemadam api namun ianya amat digalakkan. Jika sudah, tahniah! Anda merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kebakaran terhadap diri, keluarga dan orang sekeliling.

Bilakah tarikh luput alat pemadam api?

Anda pasti tertanya-tanya, bilakah tarikh luput alat pemadam api? Setiap alat pemadam api mempunyai jangka hayat atau tarikh luput. Walaupun belum pernah digunakan, sekiranya sudah melebihi tempoh masa yang ditetapkan, alat pemadam api perlu dilupuskan dan diganti dengan yang alat pemadam api yang baru. Jangka hayat alat pemadam api adalah selama 10 tahun.

Cuba periksa tarikh pengeluaran alat pemadam api anda, adakah sudah melebihi 10 tahun? Setiap alat pemadam api akan disertakan dengan tahun pembuatan yang terdapat pada tabung pemadam api. Dari situ, kita boleh mengetahui usia alat pemadam api. Jika tahun diperbuat pada 2009, maka tarikh luputnya adalah pada tahun 2019 dan perlu dilupuskan.

 
Tarikh luput pelupusan alat pemadam api

Bilakah tarikh luput dan cara renew eFEIS?

Selain itu, anda juga boleh memeriksa pada sticker eFEIS bagi mengetahui tarikh luput eFEIS. Bomba telah meletakkan syarat, alat pemadam api perlu dijalankan pemeriksaan setiap tahun dan ianya boleh dilakukan dengan memanggil kontraktor berdaftar untuk menjalankan pemeriksaan dan servis dan seterusnya mendaftar sijil perkuan Bomba atau eFEIS yang baru.

Jika premis anda memiliki alat pemadam api tetapi tidak di selenggara dan dikemas kini eFEIS, anda mungkin berdepan dengan masalah semasa Bomba menjalankan pemeriksaan. Dan sekiranya pemeriksaan mendapati alat pemadam api anda sudah tidak boleh digunakan, anda perlu melupuskannya.

Anda juga boleh menjalankan pemeriksaan sendiri terhadap alat pemadam api dalam tempoh 1- 3 bulan sekali. Terdapat beberapa aspek yang boleh diperhatikan bagi memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan yang baik. Antaranya ialah:

  • Pressure gauge pada tabung menunjukkan kepada kandungan penuh (Hijau- penuh, merah – kosong)
  • Tiada kerosakan atau kekaratan pada bahagian luar tabung
  • Safety pin berada pada keadaan yang betul
  • Nozel, hos dan operating level berada dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat
    Tiada komponen yang longgar

Bagaimana cara pelupusan alat pemadam api?

Alat pemadam api yang sudah rosak tidak boleh dibuang begitu sahaja. Alat pemadam api yang tidak dikosongkan sepenuhnya dikira sebagai bahan berbahaya kerana tabung alat pemadam api mempunyai tekanan yang tinggi dan berpotensi untuk meletup.

Cara untuk membuang alat pemadam api lama yang tidak dapat diisi semula:

  • Lepaskan tekanan yang terdapat di dalam tabung dengan melepaskan tekanan alat pemadam api ke kawasan terbuka.
  • Biarkan tabung selama beberapa hari, pastikan semua tekanan telah dilepaskan.
  • Setelah tidak ada tekanan lagi, buang ke dalam tong sampah.

Alat Pemadam Api dengan Kandungan

    • Tentukan berapa banyak kandungan di dalam alat pemadam api dengan melihat tolok tekanan. Alat pengukur akan menunjukkan kepada anda samada unitnya terlalu banyak, pada tekanan yang betul atau memerlukan pengisian semula.
    • Jika alat pemadam api menunjukkan unit berada pada tekanan yang betul, ia perlu diisi semula atau dikitar semula.
    • Bagi alat pemadam api yang masih mempunyai kandungan, anda perlu menghantar alat pemadam api tersebut kepada agensi yang bersesuaian.

Alat Pemadam Api Kosong

  • Lepaskan alat pemadam api untuk mengosongkan sisa-sisa kandungan yang mungkin tertinggal di dalam silinder.
  • Putuskan kepala dari silinder.
  • Kitar semula kepala dan silinder
pelupusan alat pemadam api

Jika anda tidak pasti tentang cara pelupusan alat pemadam api, AITO Firework sudi memeriksa dan memberi konsultasi terhadap alat pemadam api anda. Sekiranya anda ingin melupuskan alat pemadam api, kami juga menerima alat pemadam api terpakai untuk dilupuskan.

Jika anda ingin megetahui lebih lanjut sebarang persoalan berkenaan alat pemadam api, kami sedia membantu. Hubungi kami melalui [email protected] atau telefon atau WhatsApp 010-365 2534.

admin

admin

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top