10 Barang Harian Rumah yang Anda Tak Tahu Ada Tarikh Luput

Barang Harian Rumah yang Anda Tak Tahu Ada Tarikh Luput

Ramai yang memberi perhatian kepada tarikh luput sesuatu makanan atau minuman, tapi tak ramai yang ambil tahu tentang barang harian di rumah yang sebenarnya ada tarikh luput juga. Selagi tak rosak, selagi tulah kita guna, betul tak?

Lepas habis baca artikel ni, jangan lupa periksa barang-barang anda ye.

1. Bantal  (2-3 tahun)

Dari mari ke masa, bantal akan menjadi tempat pengumpulan habuk, hama dan sel-sel kulit mati. Semakin lama, bentuk dan kepadatan bantal juga akan berubah dan menyebabkan sakit tengkuk. Ada juga yang mencadangkan tarikh luput bagi bantal adalah selama 3-5 tahun.

Bagaimana nak tahu sama ada bantal masih elok atau tidak, cuba anda lipatkan bantal dan tekan sehingga keluar udara, adakah bentuknya kembali kepada asal? Jika tidak, inilah masa untuk anda menukar bantal baru. Macam mana pula dengan bantal busuk yang disimpan berpuluh-puluh tahun tu ye?

2. Tuala  (1-3 tahun)

Kalau anda nak tahu, tuala ialah barang yang paling banyak berlaku pembiakan kuman dan bakteria. Tuala yang berwarna putih kadang kala bertukar sehingga menjadi kelabu dan ia bukan kerana tuala anda tak berkualiti tetapi anda terlalu kerap menggunakannya. Tuala yang basah dan lembab manjadi tempat sesuai untuk pembiakan bakteria dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.

Walaupun, anda basuh tuala dengan kerap, bakteria yang terkumpul tidak akan hilang sepenuhnya. Ingat, maksimum 3 tahun sahaja untuk satu tuala.

3. Sikat rambut  (1 tahun)

Menurut UL, bakteria yang terdapat di sikat rambut adalah lebih banyak dari saliran sinki bilik air anda. Walaupun, sikat rambut yang tidak diganti tidaklah memberi kesan serius melainkan kulit kepala gatal atau masalah kutu, anda pasti tidak mahu menggunakan sikat rambut yang kotor.

4. Plag sambungan (1 -2 tahun)

things that have expiry date

Walaupun alatan ini tidak didatangkan dengan tarikh luput, plag sambungan ada tempoh masa tertentu untuk digunakan. Jika digunakan dalam tempoh masa yang lama, ia akhirnya akan rosak atau menjadi kurang efektif. Satu cara yang kita boleh gunakan untuk mengetahui bila untuk melupuskannya, lihat pada berapa lama tempoh warranty  plag sambungan tersebut.

Kebanyakan kes kebakaran rumah berlaku akibat litar pintas atau overheating terhadap plag sambungan. Jadi, beringat sebelum terkena.

5. Soket kuasa (4-5 tahun)

Sama seperti plag sambungan, soket kuasa juga merupakan salah satu peralatan elektrik yang anda perlu ambil berat. Jika soket tersebit terdapat retakan atau longgar ketika plag dipasang, itu tanda soket anda perlu diperiksa.

Dan yang paling penting, pastikan soket anda tidak ada kebocoran elektrik.

6. Kerusi keselamatan kanak-kanak ( 6-10 tahun)

things that have expiry date

Kerusi keselamatan kanak-kanak umumnya diperbuat daripada plastik dan foam yang dimana,  akan berubah bentuk mngikut masa. Kerusi keselamatan kanak-kanak akan menjadi kurang efektif dan tidak dapat melindungi anak-anak anda.

7. Berus gigi (3 bulan)

Kebiasaannya, berus gigi akan ditukar apabila berus sudah rosak atau mula berukar warna, tetapi tindakan ini salah, berus gigi perlu ditukar setiap 3 bulan. Lebih baik lagi jika berus gigi ditukar setiap kali anda demam atau selesema bagi mengelakkan kuman kembali menyerang.

8. Minyak wangi (2 tahun)

Jika belum dibuka, minyak wangi jenis eau de parfum mampu bertahan sehingga 3 tahun dan bertahan selama 2 tahun apbila sudah dibuka. Manakala, eau de toilette mempunyai tempoh yang lebih lama – 4 tahun jika belum dibuka dan 2 tahun selepas dibuka.

9. Span mandi (2 minggu)

Span mandi yang terdedah dengan kelembapan adalah kawasan yang palin ideal untuk pembiakan kulat dan bakteria. Walaupun, span mandi boleh dibersihkan dengan cara merebus span tersebut, lebih baik jika span mandi tersebut ditukar dengan kerap.

10. Alat pemadam api (10 tahun)

 

barang harian tarikh luput

ALAT PEMADAM API di Malaysia tamat tempoh 10 tahun selepas dikilangkan dan ia wajib diservis setiap tahun bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik. Selain melakukan servis berkala, anda juga boleh memeriksa sendiri seperti pressere gauge dan keadaan silinder bagi memastikan pemadam api efektif ketika kecemasan.

Follow dan Like Jika Anda Suka Artikel Ini

 

support

support

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top