Air merupakan eleman penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Semua manusia digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.

Air kosong bukan sahaja dapat memenuhi keperluan cecair tubuh, ia juga mempunyai pelbagai manfaat terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan.

Kebanyakkan orang akan membawa bekalan air ini walau di mana mereka berada. Bagi yang memandu, selalunya air mineral atau minuman kosong ini pasti ada di samping anda.

Hal ini kerana air adalah sumber oksigen dan ia tentunya akan meningkatkan keupayaan kognitif dan membantu anda untuk lebih fokus.

Kadang-kadang kita membiarkan sahaja botol yang air itu di dalam kereta tanpa memikirkan konsekuensi dari tindakan tersebut.

Siapa sangka botol air kosong yang tersimpan dalam kereta mampu menyebabkan kebakaran kan? Heboh diperkatakan sehari dua ini mengenai perkara berkenaan, ini penjelasannya.

Botol Air Disimpan Dalam Kenderaan Ketika Musim Panas Boleh Menyebabkan Kebakaran?

Sinaran matahari akan menembusi botol yang dipenuhi cecair dan bertindak sama seperti kaca pembesar seperti yang anda lakukan pada kanta optik biasa. Pada waktu inilah ia menjadi berbahaya.

Ia menggunakan cecair dan bahan lutsinar untuk menjadi pelancar fokus dan sudah cukup menghasilkan percikan api yang boleh menyebabkan pembakaran.

Cahaya matahari mampu diperbesarkan melalui sebotol air yang mencapai suhu 250°F.

Haba panas yang dihasilkan kemudiannya boleh memberi tumpuan kepada bahan dalaman kereta termasuk kain, tempat duduk atau hamparan yang berpotensi menjadi bahan-bahan yang mudah terbakar.

Oleh sebab itu, anda di syorkan supaya tidak menyimpan botol air di dalam kenderaan atau membiarkan ia terdedah kepada cahaya matahari apabila tiada siapa mahu menggunakannya.

Jom ikuti penerangan yang lebih terperinci lagi dalam video dibawah..

Total Page Visits: 511 - Today Page Visits: 2

Pin It on Pinterest

Share This