Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat Yang Tidak Didedahkan

Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat

Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat Yang Tidak Didedahkan

Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat | Pernah atau tidak anda tertanya-tanya tentang tugas dan tanggungjawab seorang anggota bomba dan penyelamat?

Kebanyakan daripada kita hanya tahu bomba bertanggungjawab untuk memadamkan kebakaran sahaja. Namun, sebenarnya anggota bomba menggalas tugas lebih dari itu.

Kes-kes lain seperti menangkap haiwan berbisa di dalam rumah, menyelamatkan anak kucing di atas pokok, membaiki paip saluran, memotong besi dan sebagainya menjadi salah satu tugas yang mereka galas.

Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat

Berikut adalah fakta menarik tentang pekerjaan anggota bomba dan penyelamat. Ia pasti mengubah pendirian anda tentang profesyen yang hebat ini.

Pernah atau tidak anda tertanya-tanya tentang tugas dan tanggungjawab seorang anggota bomba dan penyelamat?

Hal ini kebanyakan daripada kita hanya tahu bomba bertanggungjawab untuk memadamkan kebakaran sahaja. Namun, sebenarnya anggota bomba menggalas tugas yang berat.

Hal-hal seperti menangkap haiwan berbisa di dalam rumah, menyelamatkan anak kucing di atas pokok, membaiki paip saluran, memotong besi dan sebagainya menjadi salah satu tugas yang mereka galas. Oleh yang demikian, pakaian seragam mereka perlulah hebat!

Di sini kami ada mengumpul fakta menarik tentang pekerjaan anggota bomba dan penyelamat, dan ia pasti mengubah pendirian anda tentang profesyen yang hebat. Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat.

1. Pakaian seragam tahan sehingga suhu 2200°F (1204.444°C)

Seragam anggota bomba dibuat daripada material khas yang mampu menahan suhu sehingga mencecah 2200°F (1204.444°C), dan ia melindungi manusia daripada asid yang likat dan penyerapan alkali.

2. Tiada misai atau aksesori (tindik) di muka

Anggota bomba perlu memakai topeng oksigen. Menurut undang-undang keselamatan, bahagian muka perlulah bersih (tidak boleh ada misai, janggut, tindik) supaya topeng itu muat dipakai dengan sempurna.

3. Tiada sebarang bunyi dan penglihatan kabur di bangunan yang mengalami kebakaran

Di dalam filem, anggota bomba boleh mengesan dan mengenalpasti bangunan yang terbakar dengan cepat dan pantas menanggalkan topeng oksigen menyelamatkan orang yang mengalami kecederaan.

Sebenarnya, anggota bomba tidak boleh sewenang-wenangnya membuka topeng oksigen kerana mereka sendiri akan tercungap-cungap kerana asap tebal dan beracun.

Mereka juga tidak dapat melihat dan mendengar sebarang bunyi di tempat kejadian. Jadi, agak sukar untuk mereka mengesan lokasi orang yang menjerit meminta pertolongan.

4. Menanggung beban dari 5kg hingga 30kg di badan

Bergantung kepada material pakaian seragam tertentu dan kelengkapan yang didatangkan dengan pakaian seragam berkenaan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa anggota bomba hanya boleh bekerja jika tahap fizikal mereka baik dan cergas.

5. Golongan wanita terlibat dengan profesion ini sejak tahun 1800

Molly Williams merupakan wanita pertama yang menjadi anggota bomba sebaris dengan golongan lelaki pada awal abad ke-19. Kemudian, muncul briged wanita. Natijahnya, tidak semua lelaki boleh melakukan kerja-kerja sebegini.

6. Bersedia membantu dalam pelbagai situasi

Tugas bomba bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran. Mereka adalah penyelamat sewaktu kejadian bencana alam, menjadi tukang paip, tukang elektrik, mekanik, ahli psikologi dan pekerja perubatan jika berlaku kemalangan sebelum ambulans tiba.

Di sesetengah negara, jentera kebakaran mereka sangat hebat kerana dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk aktiviti menyelamatkan mangsa.

Anggota bomba juga perlu pandai menyesuaikan keadaan dengan kemahiran mereka.

Misalnya, semasa menyelamatkan kanak-kanak, mereka perlu memastikan kanak-kanak itu berasa selamat, tenang dan tidak berasa terancam.

7. Menyelamatkan haiwan

Jabatan bomba juga menerima banyak aduan untuk menyelamatkan binatang peliharaan mahupun haiwan liar yang mengalami kesusahan. Jika lembu terjatuh ke dalam parit, anjing terjatuh ke dalam perigi, kucing tidak boleh turun daripada pokok, ular menyelinap masuk ke dalam kediaman, dan sebagainya, pasti anggota bomba datang menyelamatkan keadaan.

8. Syif bekerja lebih 24 jam

Kebiasaannya, syif kerja mereka adalah 24 jam dengan waktu rehat selama 48 jam atau 10-12 jam selama 3-4 hari berturut-turut. Namun, sekiranya berlaku kebakaran besar dan kecemasan lain, anggota bomba perlu bekerja tanpa rehat, lebih daripada sehari.

9. Perlu menyarungkan pakaian seragam secepat mungkin

Anggota bomba perlu cepat memakai pakaian seragam mereka jika berlaku sesuatu. Oleh yang demikian, baju seragam perlu disimpan dalam cara yang mudah untuk mereka memakainya. Ia juga termasuk dengan but dan topi keselamatan.

10. Sebelum ini, pakaian basah membantu menghentikan kebakaran, tetapi kini sebaliknya

Dahulu, anggota bomba di Jepun menggunakan teknik memadamkan kebakaran dengan memasuki bangunan yang terbakar dengan pakaian basah sementara meruntuhkan dinding bagi menghalangkan api daripada merebak.

Kini, caranya dah bertukar. Air akan dibawa bersama dengan anggota bomba dan boleh bertahan sehingga 5 ke 10 minit.

Waktu ini cukup untuk memadamkan kebakaran dan jika sebaliknya, pihak bomba akan mendapatkan bantuan pada pili dan tasik berhampiran untuk mengepam air. Mereka mengehadkan masa paling minimum untuk memadamkan api seboleh mungkin.

11. Rumah yang mempunyai ruang yang besar, kurang pintu dan dinding lebih cepat terbakar

Memadamkan kebakaran rumah pada zaman dahulu lebih mudah daripada zaman sekarang. Di Barat, rumah pada zaman dahulu mempunyai jumlah bilik, pintu dan dinding yang banyak membuatkan ia membantu mengurangkan api daripada merebak.

12. Lebih banyak sukarelawan daripada anggota bomba profesional

Di kebanyakan negara, para sukarelawan bekerja di jabatan bomba kerana pihak kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menggajikan anggota.

Contohnya, di Chile, 10 daripada 1000 orang bomba adalah sukarelawan yang dibayar secara bulanan dan menerima latihan khas. Mereka digelar Bomberos.

Di sesetengah negara pula, anda perlu mempunyai diploma atau pendidikan tinggi dan perlu menduduki latihan khas.

13. Anjing Dalmatian merupakan anjing rasmi jabatan bomba?

Zaman dahulu di US, anjing Dalmatian digunakan oleh briged bomba untuk menyalak dan membantu mengosongkan jalan bertujuan untuk membolehkan kuda melalui jalan.

Baka berkenaan dipilih berdasarkan keberanian tinggi, kebolehan belajar sesuatu dengan cepat dan keupayaan mereka mengenalpasti ‘bahasa’ haiwan lain.

Kini, anjing berkenaan menjadi simbol penyelamat kebakaran tetapi ada juga baka lain yang turut ditarik masuk ke dalam jabatan bomba. Sudah menjadi tugas anjing untuk mencari mangsa menerusi deria pendengaran dan hidu yang kuat.

Tugas seorang anggota bomba bukanlah satu karier yang mudah. Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat.

Mereka juga sanggup merisikokan nyawa dan keselamatan diri sendiri asalkan mereka berjaya menyelamatkan mangsa yang ditimpa kesusahan.

Ini 13 Fakta Anggota Bomba Dan Penyelamat yang perlu kita tahu. Jadi, sama-sama kita hargai pengorbanan anggota bomba dan sentiasa memberikan kerjasama kepada mereka.

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top