Jeriji Rumah Yang Cantik Atau Selamat, Mana Lebih Diutamakan ?

Sudah tentu ramai yang menginginkan rumahnya terhias cantik dengan jeriji atau grill sebagai hiasan tambahan di rumah.

Demi mencantikkan mengikut rekaan rumah, kebanyakan pemilik rumah lebih memilih untuk mementingkan rupa jeriji berbanding fungsi sebenar jeriji – iaitu pagar yang mudah dibuka di antara pintu/tingkap dan bahagian dalaman rumah.

Tahukah anda terdapat spesifikasi pemasangan jeriji/grill rumah yang telah disarankan oleh bomba untuk kita ikuti?

Ini adalah untuk mengelakkan kesulitan aktiviti menyelamat jika terdapat sebarang kecemasan. Malangnya tidak ramai yang mengikuti arahan ini dan lebih memilih untuk tidak mengendahkan spesifikasi yang telah diberikan oleh bomba.

Pemasangan jeriji kekal pada rumah kediaman adalah tidak digalakkan oleh pihak bomba sebenarnya kerana kebanyakan jeriji akan menghalang penghuni kediaman dari menyelamatkan diri ketika berlakunya kecemasan.

Dan apa yang lebih menyayat hati, majoriti kes kematian berlaku adalah berpunca daripada jerisi besi kekal yang tidak boleh dibuka ketika kecemasan berlaku.

Selain itu, keperluan untuk memotong jeriji juga menjadi satu perkara rumit yang perlu dilakukan oleh anggota penyelamat untuk menyelamatkan mangsa.

Saranan utama pihak Bomba sebenarnya adalah semua rumah kediaman TIDAK DIPASANG jeriji besi.

Namun jika ada keperluan, contohnya pemilik merasakan keperluan untuk menghalang kecurian misalnya, pemilik boleh memasang jeriji besi.

Untuk rumah kediaman 3 tingkat dan ke bawah, pihak Bomba sebenarnya menyarankan agar pemilik memasang jeriji boleh buka, bukan dari jenis tetap bagi sekurang-kurangnya untuk setiap satu bahagian di dalam rumah.

Apakah jenis jeriji yang disarankan oleh pihak bomba?

Berikut adalah illustrasi pihak bomba untuk menerangkan jenis-jenis jeriji yang sesuai dipasang serta mudah dibuka bagi menyelamatkan nyawa semasa kebakaran.

  • Jenis Tingkap Mudah Buka A

  • Jenis Tingkap Mudah Buka B

  • Jenis Tingkap Mudah Buka C

  • Jenis Tingkap Mudah Buka D

  • Jenis Tingkap Mudah Buka E

  • Jenis Tingkap Mudah Buka F

  • Jenis Tingkap Mudah Buka Louvres Beserta Steel Bars

Tidak menjadi satu kesalahan jika ingin memasang jeriji/ grill di rumah anda. Tetapi harus pastikan jeriji besi rumah itu mematuhi spesifikasi pihak Bomba.

Jika anda sedang merancang untuk memasang jerji di rumah, dinasihatkan agar tidak lebih mengutamakan rupa kosmetik semasa merancang pemasangan jeriji dan lebih mengutamakan keselamatan orang yang tersayang.

Jadikan kes Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebagai iktibar dimana 20 lebih pelajar tahfiz terkorban kerana terperangkap di dalam kebakaran.

Marilah kita sama-sama berusaha mengikut budaya pemasangan jeriji yang selamat yang dapat meningkatkan peluang menyelamatkan diri ketika kecemasan.

 

Total Page Visits: 1257 - Today Page Visits: 3

Pin It on Pinterest

Share This