3 Punca Kebakaran Pejabat dan Cara untuk Mengatasinya

punca kebakaran pejabat

3 Punca Kebakaran Pejabat dan Cara untuk Mengurangkan daripada Berlaku

Kebakaran pejabat boleh berlaku pada bila-bila masa. Kebakaran pejabat lebih banyak berlaku di pejabat yang selalu ambil mudah dan tidak bersedia dengan keselamatan kebakaran.

Apabila kebakaran pejabat berlaku, ia boleh membahayakan pekerja, dokumen syarikat, peralatan dan fasiliti, tanpa mengira saiz.

Bermula dengan kebakaran yang kecil, ia boleh merebak dan merosakkan fasiliti dan kemudahan dan memberikan mudarat lebih besar.

Contohnya, kebakaran di dalam bilik server boleh memadamkan semua data syarikat anda dalam beberapa saat, manakala kebakaran kecil di pintu bangunan seperti pintu keluar kecemasan boleh memerangkap semua orang di dalam.

Kebakaran bilik server

Persediaan dengan cara  yang betul adalah kunci untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jom kita baca punca-punca utama kebakaran pejabat berlaku, anda boleh membantu dalam pencegahan kebakaran yang akan terjadi akan datang :

Memasak

Kebanyakan pejabat hari ini mempunyai kemudahan memasak seperti ketuhar gelombang mikro (microwave) dan pemanas air. Ada juga dapur pejabat yang dilengkapi dengan ketuhar, dapur dan peralatan lain yang mudah terbakar atau menghasilkan haba.

Ada antara kita yang mudah terleka dan meninggalkan sesuatu tanpa pengawasan, dan ia boleh menyebabkan ia menjadi salah besar dan memulakan kebakaran yang boleh merebak dengan cepat ke seluruh bangunan.

Untuk minimumkan risiko kebakaran dapur:

  • Jangan meninggalkan makanan tanpa pengawasan semasa memasak atau memanaskan.
  • Sediakan selimut api dan alat pemadam api di dapur anda.
  • Pasang dan selalu buat ujian penggera kebakaran anda.

Baca: Pengesan Kebakaran : Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran Berfungsi

Elektrik

“Berasaskan data daripada jabatan forensik kebakaran, ia menunjukkan punca utama kebakaran melibatkan litar pintas, beban lebih elektrik dan pemanasan rintangan.“

60 peratus punca kebakaran disebabkan eletrik – Bomba

Kebakaran elektrik selalunya paling sukar untuk dikesan kerana ia selalu bermula dari kabel yang rosak, alur keluar yang melebihi beban atau peralatan yang rosak.

Ia sangat bahaya dan boleh mencetuskan kebakaran ataupun membolehkan orang terkena renjatan elektrik.

Selalu sangat kita dengar yang kebayakan kedai menggunakan terlalu banyak muatan atau kabel yang rosak. Kebakaran kabel ni sangat bahaya. Ia selalu berlaku, di tempat kerja dan di rumah.

Baca: 10 Produk Keselamatan Kebakaran Yang Harus Dimiliki Setiap Pemilik Rumah

Untuk meminimumkan risiko:

  • Lakukan pemeriksaan visual asas pendawaian anda untuk memastikan alur keluar tidak melebihi beban dan pendawaian tidak berada dalam keadaan yang teruk.
  • Pastikan pendawaian tetap dan peralatan elektrik anda diuji oleh pakar untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat. Sebarang kerosakan yang perlu diperbaiki perlu disegerakan.

Merokok

Merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan anda, malah ia juga berpotensi membahayakan pejabat anda jika berlakunya kebakaran.

Rokok punca kebakaran

Rokok yang dipadamkan dengan baik juga boleh terbakar dengan mudah di bawah keadaan yang betul. Contohnya, cuaca kering, angin sepoi-sepoi dan persekitaran yang mudah terbakar.

Malah bekas sisa rokok di kawasan merokok anda boleh terbakar dengan mudah jika pekerja yang cuai membuang puntung rokok yang menyala ke dalamnya, sama seperti membaling mancis ke dalam api.

Lebih satu pertiga daripada kematian kebakaran di bangunan selain dari kediaman berpunca daripada rokok dan pemetik api.

Untuk meminimumkan risiko:

  • Letakkan papan tanda untuk memeaklumkan pekerja untuk memadamkan punting rokok mereka sepenuhnya sebelum membuangnya.
  • Letakkan bekas pasir atau air untuk membantu pemadaman api puntung rokok.
  • Periksa dan kosongkan bekas rokok dengan kerap.

Apabila bercakap tentang keselamatan kebakaran, anda bukan sahaja mendedahkan diri anda kepada kesilapan dan kemalangan dengan melakukan segala-galanya sendiri, tetapi anda juga mendedahkan diri anda kepada denda yang besar.

Baca: Kelengkapan Keselamatan Kebakaran Mengikut Piawaian Bomba

Kalau bernasib baik kerana tidak berlaku kebakaran, pemilik syarikat tetap kena bayar denda.

Kami boleh membantu anda dengan semua isu keselamatan. Hubungi kami hari ini untuk melihat bagaimana kami boleh membantu!

support

support

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top