Dua Kereta Elektrik Terbakar di Rumah: Amaran Serius Tentang Keselamatan Pengecasan EV di Malaysia

Dua Kereta Elektrik Terbakar di Rumah: Amaran Serius Tentang Keselamatan Pengecasan EV di Malaysia

 

Petaling Jaya — Dua kereta elektrik (EV) dilaporkan terbakar di perkarangan rumah dan api cepat merebak ke ruang kediaman. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) mengesahkan kira-kira 10% rumah musnah, namun tiada kecederaan jiwa dilaporkan.
Tetapi persoalan besar masih belum terjawab: Apa sebenarnya punca kebakaran ini?

Adakah ia berpunca daripada bateri EV? Pengecas EV (EV charger)? Atau sistem pendawaian rumah yang gagal menampung beban?

Dalam kejadian yang tular dipercayai berlaku di Petaling Jaya, dua model EV popular disyaki XPeng G6 dan BYD Seal, terlibat dalam insiden ini. Rakaman menunjukkan satu kenderaan hangus hampir sepenuhnya, manakala satu lagi masih terbakar perlahan… tetapi api tetap ganas dan pantas merebak.

EV Jarang Terbakar, Tetapi Bila Terbakar… Risiko Lebih Bahaya

Statistik global sering dijadikan hujah:

“Kebakaran EV jarang berlaku.”

Ya, itu benar — namun yang paling menakutkan kebakaran EV boleh berlaku ketika semua orang sedang tidur.
Tiada siapa sedar. Tiada masa untuk bertindak.


Sistem Elektrik Rumah di Malaysia: Berisiko jika Tidak Bersedia

Perkhidmatan Elektrik Pemasangan 1 Fasa @ 3 Fasa | Renovation Rumah & Elektrik Service

TNB sebelum ini telah mengingatkan pengguna bahawa banyak rumah satu fasa di Malaysia tidak direka untuk menyokong beban tinggi pengecasan EV seperti:

  • 32A berterusan setiap malam
  • Risiko overheating wiring lama
  • Fuse terbakar
  • Meter rosak
  • Potensi percikan api & litar pintas

Masalah-masalah ini sudah berlaku. Tetapi ramai memilih untuk abaikan tanda-tanda sehingga tragedi berlaku. Pemasangan pengecas EV tidak boleh dibuat cincai. Ia wajib mengikut kod keselamatan elektrik dan dipasang oleh penyedia bertauliah.


Keselamatan EV di Rumah: Bukan untuk Dipandang Ringan

Bolehkah Anda Memasang Pengecas EV di Garaj Anda?

Artikel ini bukan untuk menolak atau menakut-nakutkan pengguna EV di Malaysia.
Teknologi EV adalah masa depan — tetapi keselamatan tetap nombor satu.

Kita perlu sedar bahawa:

  • EV membawa tenaga besar dalam bateri
  • Cas terlalu lama = haba berlebihan
  • Rumah lama = risiko kegagalan pendawaian
  • Tiada peralatan perlindungan kebakaran di porch? Bahaya berganda.

Bila api sudah menyala, statistik tidak akan menyelamatkan sesiapa.


Soalannya Sekarang…

Adakah rumah kita benar-benar selamat untuk pengecasan EV? Atau…
Kita hanya bernasib baik selama ini?


Kesimpulan
kebakaran ev

Insiden di Petaling Jaya ini adalah wake-up call kepada seluruh pemilik EV di Malaysia:

EV selamat — jika infrastruktur rumah juga selamat.

Jangan tunggu sehingga kebakaran berlaku di rumah sendiri untuk mengambil tindakan.

aito.com.my

aito.com.my

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top