Seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, bermula 4 Mei 2020 beberapa sektor ekonomi dan termasuk sektor awam dibenarkan beroperasi. Oleh yang demikian, bagi membolehkan pengoperasian perkhidmatan Bahagian Keselamatan Kebakaran (BKK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, satu garis panduan telah disediakan.

 

Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk pegawai Bomba serta orang awam yang berurusan bagi mendapat perkhidmatan keselamatan kebakaran mematuhi pendekatan PKP berkaitan kawalan pergerakan, perjarakan sosial dan perkumpulan secara beramai-ramai.

 

PERKHIDMATAN BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN

 

Antara perkhidmatan bahagian kebakaran kebakaran adalah seperti berikut :-

  • Perakuan Keselamatan kebakaran bagi tujuan CCC
  • Perakuan Bomba (FC)
  • Surat sokongan Perlesenan Perniagaan
  • Sewaan Ruang Pejabat
  • Pemeriksaan APA (eFEIS)

 

Oleh itu, terapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi bagi melaksanakan perkhidmatan tersebut, antaranya :-

1. Pekhidmatan di Kaunter

2. Permohonan Perakuan Pelan

3. Pemeriksaa premis bagi tujuan pengeluaran Surat Pelepasan Perakuan Berperingkat:

4. Pemeriksaan APA (eFEIS)

5. Mesyuarat Teknikal

 

PERKHIDMATAN KAUNTER

 

Kaunter sedia ada di JBPM Ibu Pejabat / Negeri  / Zon / Pusat Pemeriksaan APA perlu mematuhi perkara berikut :

1. Menjalankan saringan suhu badan kepada pelanggan yang dating berurusan.

2. Sekiranya bacaan suhu badan ialah 37.5 celcius atau lebih, atau mempunyai gejala Covid-19, pelanggan tidak dibenarkan berurusan.

3. Memastikan penjarakan social semasa menunggu urusan di kaunter. Contoh susun kerusi menunggu.

4. Memastikan penjarakan yang selamat iaitu minima 1 meter.

5. Menyediakan hand sanitier beserta tatacara penggunaannya di kaunter.

6. Mengamalkan Polisi Tiada Sentuhan (Contactless).

7. Mempamerkan notis Langkah Pencegaham Penularan Novel Coronivirus (2019-nCoV) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

8. Menyediakan drop box di kawasan yang bersesuaian untuk tujuan penyerahan pelan, dokumen atau lain-lain butir relevan oleh pelanggan.

9. Memastikan pegawai dan pelanggan memakai glove & face mask.

10. Menyediakan lokasi khas untuk kontraktor meletakkan APA.

 

TATACARA MEMPROSES PERMOHONAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN DAN M&E

 

JBPM hanya menerima permohonan daripada pihak OSC atau PSP atau SP. Permohonan perakuan pelan boleh dikemukakan kepada JBPM melalui kaedah berikut :

 

  • Secara atas talian (pelaksanaan di PBT yang mengunapakai aplikasi OSC3+)

Pemohon akan mengemukakan permohonan kepad aOSC dan urusetia OSC akan kemukakan kepad aJBPM. Seterusnya ulasan akan dikeluarkan oleh JBPM secara atas talian kepada OSC.

 

  • Secara manual

Pemohon mengemukakan permohonan kepada JBPM secara manual di kaunter BKK. Pemohon perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir. Penerimaan melalui POS/perkidmatan kurier adalah digalakkan.

            *Kehadiran secara walk-in dan bagi tujuan pre-consult adalah tidak dibenarkan.

 

PEMERIKSAAN APA DI PUSAT eFEIS

Tatacara tempahan & pemeriksaan APA masih lagi tertakluk kepada Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 6 Tahun 2013 : Prosedur Pemeriksaan Alat Pemadan Api Mudah Alih di Pusat Pemeriksaan Alat Pemadam Api.

 

1. Membuat tempahan APA secara atas talian seperti biasa dan kontaktor perlu membuat temujanji dengan menghubungi pusat sekurang-kurangnya sehari sebelum dari tarikh tempahan.

2. Kontraktor perlu mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pusat. Sekiranya gagal hadir pada masa/slot yang ditetapkan kontraktor perlu mengubungi semula pusat.

3. Hanya 2 wakil kontaktor dibenarkan berada di pudat dalam 1 masa/slot.

4. Kontaktor/wakil hendaklah menurunkan APA dan meletakkan pada lokasi yang telah ditetapkan oleh pusat.

5. Kehadiran secara walk-in dan bagi tujuan pemeriksaan adalah tidak dibenarkan.

 

Garis panduan ini berkuat kuasa bermula 4 Mei 2020 dan hendaklah dipatuhi oleh pegawai Bomba dan pelanggan sepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

Pin It on Pinterest

Share This
×