KEBAKARAN TERBESAR DI MALAYSIA

Share on facebook
Share on email
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda mungkin berfikir bahawa kebakaran tidak begitu kerap berlaku di Malaysia tetapi tahukah anda bahawa kebakaran berlaku dengan begitu kerap di Malaysia? Malah, Malaysia kehilangan berbilion setahun, dan ini hanyalah kos hartanah, ini tidak termasuk kehilangan nyawa, produktiviti, dan kesulitan yang timbul. Hari ini, mari kita lihat semula 4 kebakaran terbesar yang pernah berlaku di Malaysia dan paling diingati oleh ramai Malaysia.    

 

 

#1 Kebakaran Kompleks Beli-belah Campbell (1976)

Kebakaran Kompleks Campbell adalah antara salah satu kes kebakaran yang terbesar pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Kejadian ini berlaku pada 8 April 1976. Kebakaran ini berlaku setelah kompleks tersebut siap dibina tiga tahun sebelum kebakaran berlaku.

Kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM 50 juta serta telah mengorbankan satu nyawa. Kompleks ini terletak di Jalan Campbell dan kini nama jalan itu telah diubah menjadi Jalan Dang Wangi.

Kompleks Campbell ini mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan mengandungi podium setinggi empat tingkat yang menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Semasa Kompleks ini mula dibuka, Kompleks ini adalah satu-satunya bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur pada waktu itu.

Bangunan itu dipercayai mula terbakar pada jam 10.30 malam akibat litar pintas. Kebakaran ini mula dikesan atau bermula di tingkat dua, kemudian marak sehingga ke tingkat 21.

Insiden besar ini berlaku semasa filem pecah panggung Hollywood, The Towering Inferno masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia yang ada pada waktu itu. Insiden ini juga telah mendedahkan kelemahan dari segi aspek piawaian keselamatan bangunan ketika kebakaran serta kemampuan pasukan bomba yang terhad.

Akibat daripada tragedi tersebut, satu undang-undang telah diluluskan bagi mewajibkan setiap bangunan tinggi mematuhi piawaian keselamatan kebakaran sebelum dibenarkan untuk didiami atau digunakan bagi tujuan komersial.    

 

 

 

 

#2 Kebakaran Madrasah Kedah (1989)

Kebakaran Madrasah Kedah 1989 ialah tragedi kebakaran yang berlaku pada 22 September 1989. Kebakaran asrama ini menempatkan pelajar-pelajar perempuan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.

Kejadian ini berlaku pada awal pagi 22 September 1989 bersamaan hari Jumaat. Kejadian ini mencatatkan sejarah hitam buat negara kita kerana seramai 27 orang pelajar perempuan telah terkorban dalam kejadian malang itu. Insiden ini juga dikenali sebagai Tragedi Pondok Pak Ya.

Kejadian ini berlaku kerana lilin terjatuh dan membakar asrama itu sehingga tidak dapat dikawal. Akibat kebakaran itu, sebanyak lapan buah blok asrama perempuan yang diperbuat dari papan.

Mangsa-mangsa yang terlibat kesemuanya adalah perempuan. Kejadian ini merupakan kebakaran terbesar dan turut manarik perhatian Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.    

 

 

 

#3 Kebakaran Terminal Minyak Pelabuhan Tanjung Langsat (2008)

Kebakaran Terbesar Terminal Minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat, Malaysia terjadi pada hari Ahad, 17 Ogos 2008, jam 6.30 petang melibatkan sebuah tangki minyak yang penuh dengan bahan kimia mudah terbakar. Kebakaran tercetus apabila gasoline yang terdapat dalam tangki pertama terbakar tanpa diketahui puncanya.

Tangki minyak nombor satu berkapasiti 20, 000 tan padu yang berisi 16, 000 tan padu gasoline. Api menjulang 30 meter dan dapat dilihat dari jarak 3km. Tidak ada sebarang letupan berlaku. Lokasi juga jauh dari taman perumahan dan perumahan kakitangan.

Terdapat 8 buah tangki yang penuh dengan bahan kimia berbahaya di situ. Jarak antara tangki ialah 60 meter. Hanya 3 tangki berisi gasoline kerana kerja pembersihan tangki sedang dilakukan oleh syarikat pemilik. Kebakaran tangki kedua berlaku ketika kerja-kerja memindahkan 11, 200 meter padu Naptha dari tangki kedua ke tempat lain tetapi kebakaran tercetus juga.

Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan api merebak dan tidak terkawal pada jam 7.10 malam. Kerja memadamkan kebakaran adalah dengan menggunakan semburan buih yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasir Gudang Emergency Mutual Aid dan pekerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang.  

 

 

 

 

#4 Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah (2017)

Pada 14 September 2017, kira-kira jam 5.10 pagi, satu kebakaran telah berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, iaitu sebuah madrasah atau tahfiz lelaki di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Kejadian ini juga salah satu kebakaran terbesar di Malaysia.

Kejadian ini menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang tenaga pengajar (guru) terbunuh manakala lima orang penghuni lagi dilaporkan cedera. Api kebakaran ini dikatakan bermula di tingkat dua dan teratas bangunan madrasah tersebut.

Selepas itu, api mula merebak dengan cepat ke seluruh bangunan sehingga menghalang satu-satunya pintu masuk, dan menyebabkan penghuni-penghuni madrasah tersebut terperangkap sehingga mereka tidak dapat menyelamatkan diri.

Tambahan pula, tingkap-tingkap di bangunan tersebut dipasang dengan jeriji-jeriji yang menyukarkan lagi mangsa-mangsa untuk menyelamatkan diri masing-masing. Saksi- saksi berdekatan melaporkan bahawa mereka terbangun pada awal waktu subuh setelah mereka terdengar tangisan para pelajar yang terperangkap di dalam bangunan madrasah tersebut dan cuba menyelamatkan penghuni yang terperangkap namun tidak dapat berbuat demikian kerana api merebak dengan pantas.

Penghuni yang terselamat pula dikatakan berjaya menyelamatkan diri dengan melompat terus ke atas tanah sementara yang lain pula melalui saluran paip air pada bangunan tersebut.

Kebakaran ini berlaku semasa semua penghuni di madrasah tersebut sedang tidur. Api kebakaran akhirnya berjaya dipadamkan oleh pihak bomba pada kira-kira jam 6.40 pagi. Pelajar-pelajar yang terkorban berusia di antara 6 – 16 tahun dan 2 orang guru yang turut terkorban berusia 25 tahun dan 26 tahun.

Kes ini telah menangkap suspek-suspek yang terlibat dalam kebakaran tersebut melalui beberapa rakaman kamera litar tertutup di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdekatan. Suspek-suspek itu dikenal pasti telah menceroboh

Kawasan bangunan PPIM itu sebelum mereka ke kawasan madrasah tersebut yang bersebelahan pada pukul 3.10 pagi. Punca kebakaran itu dilakukan adalah disebabkan perasaan dendam oleh pihak suspek. Suspek-suspek tersebut berusia di antara 11 hingga 18 tahun dan pihak polis mendapati ada di antara mereka positif dadah.

support

support

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top