Tragedi Pondok Pak Ya

Walaupun sudah lebih 32 tahun sejak kebakaran sebuah sekolah agama di Padang Lumat, Kedah.

Tetapi kisah ini masih terpahat di sanubari keluarga mangsa, guru-guru dan sahabat mereka dan ianya kekal dalam ingatan sehingga ke hari ini.

Kebakaran asrama ini menempatkan pelajar-pelejar perempuan di Sekolah Menengah (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.

Kejadian ini berlaku pada awal pagi iaitu pada hari Jumaat, 22 September 1989, dan ianya mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 orang pelajar perempuan telah terkorban dalam kejadian malang tersebut.

Menurut keterangan oleh mangsa-mangsa yang terselamat, kebakaran itu dikatakan berpunca daripada lilin yang dipasang oleh pelajar.

Pada malam kejadian telah menjadi suatu kelaziman buat pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah di surau.

Selesai sahaja mereka solat, segelintir pelajar memilih untuk berada di surau untuk berqiamullai manakala selebihnya pulang ke asrama masing-masing.

Tiada apa yang mencurigakan pada waktu tersebut dan semuanya kelihatan seperti biasa.

Namun sekembalinya mereka ke asrama, beberapa mangsa terkorban menunjukkan tanda-tanda aneh dan mencurigakan.

Pada waktu itu, terdapat sekumpulan pelajar berkumpul di bawah untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama memandangkan peperiksaan mereka sudah semakin hampir.

Walau bagaimanapun, mereka telah ditetapkan untuk tidur dan menghentikan sebarang aktiviti yang lain.

Namun, terdapat beberapa orang pelajar yang masih gigih untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu itu, walaupun telah dilarang oleh pihak warden.

Disebabkan keadaan bilik mereka gelap, mereka membuat keputusan untuk menyalakan sebatang lilin untuk menerangi ruang bilik asrama itu dan dapat membantu mereka mengulangkaji pelajaran.

Semasa mereka sedang mengulangkaji, bagaimanapun mereka telah tertidur tanpa terlebih dahulu memadamkan api lilin.

Secara tiba-tiba, lilin tersebut telah terjatuh dan api lilin tersebut telah menyambar ke langsir asrama.

Bermula dari situ api mula merebak dengan cepat ke dinding-dinding dan lantai-lantai asrama kerana pada waktu itu, bangunan tersebut diperbuat dari papan kayu.

Disebabkan kedudukan blok-blok asrama yang berdekatan, api telah merebak ke 7 blok yang lain dan menyebabkan 8 buah blok asrama telah terbakar dalam kejadian tersebut.

Pelajar-pelajar yang pada waktu itu sedang nyenyak tidur terus terbangun apabila sesetengah daripada mereka terhidu bau terbakar.

Menyedari asrama mereka sedang terbakar dengan marak, beberapa pelajar tersebut kemudiannya membangunkan rakan-rakan mereka yang lain.

Keadaan berubah menjadi panik apabila pelajar-pelajar tersebut mula menjerit ketakutan dan sedang meminta pertolongan.

Dalam keadaan tergesa-gesa itu, pelajar-pelajar mula lari keluar untuk menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan barang-barang berharga.

Ada juga diantara mereka tidak sempat melarikan diri kerana jalan keluar telah tersekat oleh api yang semakin marak.

Dalam kekalutan pelajar melarikan diri, berlaku satu letupan kuat dari dalam sebuah bilik asrama, dan dipercayai berpunca daripada letupan sebuah tong gas.

 

Terdapat juga beberapa pelajar yang sempat melarikan diri namun masuk semula ke dalam asrama untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka yang lain.

Akan tetapi mereka tidak berjaya keluar kerana semua pintu telah terhalang oleh api dan menyebabkan mereka terperangkap dalam bangunan tersebut.

Pelajar-pelajar yang terselamat bagaimanapun hanya mampu meraung, meratap nasib rakan-rakan yang lain yang tidak berjaya keluar dari asrama tersebut.

Seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut ynag dikenali sebagai Ustaz Manan sedang berada dibiliknya ketika kejadian sedang berlaku.

Apabila beliau dimaklumkan mengenai kebakaran itu, beliau dengan segera menghubungi pihak bomba yang berdekatan untuk meminta bantuan.

Setiba beliau di asrama itu, beliau terpaku dan terkesima apabila melihat sebanyak 8 blok asrama yang menempatkan lebih kurang 600 orang pelajar terbakar dijilat api.

Beliau memikirkan dirinya yang tidak dapat melakukan apa-apa, kemudiannya beliau melaungkan azan di kawasan asrama tersebut sebagaimana yang dianjurkan dalam agama Islam.

Bagaimanapun keadaan bertambah semakin rumit apabila anggota bomba dan penyelamat dari balai berdekatan mengalami sedikit masalah ketika mereka dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Setiba sahaja anggota bomba dan penyelamat, hampir 80% bangunan-bangunan tersebut sudahpun hangus dijilat api dan kesemua pelajar yang terperangkap dipercayai telah terkorban akibat api yang marak dengan cepat.

Apabila pada waktu siang menjelang, anggota-anggota bomba dan dibantu oleh penduduk-penduduk sekitar mula melakukan operasi mencari dan mengesan mayat mangsa yang terkorban dalam kejadian ngeri itu.

Ketika operasi dijalankan, pihak bomba berjaya menemukan beberapa mayat yang sudah rentung termasuklah mayat 2 adik-beradik. Kedua-duanya ditemukan dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.

Mereka berpelukan sesama mereka sambil memegang senaskah Al-Quran.

Seramai 27 orang pelajar telah terkorban dalam kejadian tersebut manakala beberapa orang mangsa yang terselamat mengalami kecederaan.

Selepas proses mengenal pasti mayat yang dijalankan oleh ahli keluarga mangsa, kesemua mayat mangsa dikebumikan di tanah perkuburan khas tidak jauh dari tempat kejadian yang diberi nama perkuburan 27 Orang Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya.

Mangsa-mangsa terkorban juga dikebumikan di dalam 1 liang lahad.

Dalam pada itu, mengikut keterangan daripada beberapa orang mangsa yang terselamat ketika kejadian itu berlaku, beberapa orang pelajar telah pun meninggal dunia dalam keadaan tertidur dipercayai kerana mereka terhidu asap yang tebal.

Walaupun peritiwa ini sudah lebih 32 tahun berlaku, pihak sekolah dan ahli keluarga tetap tidak melupakan para syuhada yang telah terkorban.

Pada 22 September setiap tahun, pihak sekolah bersama keluarga-keluarga mangsa mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis memperingati peristiwa yang menyayat hati itu dan dijadikan sebagai acara tahunan sekolah

Tragedi yang menyayat hati ini juga turut dijadikan sebagai sebuah telefilem yang berjudul Pondok Pak Ya yang diterbitkan oleh Astro Oasis.

Telefilem ini melakonkan semula detik-detik hitam yang mengorbankan 27 orang syuhada itu.

Berikut merupakan peristiwa kebakaran Pondok Pak Ya yang berlaku pada tahun 1989 dan menjadi titik hitam dalam sejarah negara kita.

Kesimpulannya, kami menyarankan agar setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api dan hendaklah memastikan alat pemadam api tersebut masih boleh digunakan.

Untuk membeli alat pemadam api, anda boleh melayari di sini, shopee kami atau boleh menghubungi kami di 010-2412534.

support

support

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top