Alat Pengesan Asap Boleh Selamatkan Nyawa – BOMBA

Alat pengesan asap
Pengesan asap boleh selamatkan nyawa – BOMBA
Sumber dari : Malaysia Kini

Lima minit terawal ketika berlaku kebakaran adalah waktu yang amat kritikal dan mampu menyelamatkan nyawa seseorang daripada terperangkap dalam kebakaran sekiranya kediaman mereka dilengkapi dengan alat pengesan asap.

Dalam kejadian 5 Feb, 2013 yang lalu, empat beranak, iaitu ibu berusia 50-an bersama tiga anaknya berusia antara 16 hingga 23, ditemui rentung dalam kebakaran rumah mereka di Taman Bukit Medan, Sungai Siput. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata karbon monoksida iaitu gas yang terhasil dalam kebakaran akan membuat penghuni tidak sedarkan diri sekiranya tiada amaran awal untuk mengejutkan mereka dari tidur.

“Kebanyakan punca kematian akibat kebakaran di rumah adalah penghuni tidak menyedari sesuatu kebakaran,” katanya kepada Bernama. Khiruddin berkata daripada kajian yang dibuat, apabila berlaku sesuatu kebakaran dalam tempoh lima minit, mangsa perlu segera keluar dari kawasan kebakaran itu. “Kerana ketika itu tahap oksigen akan menurun kepada 16 peratus dan adanya toksin gas di situ dalam masa 30 saat hingga satu minit menyebabkan mangsa boleh pengsan. Gas berkenaan telah diserap melalui pernafasan lalu pergi ke otak dan menyebabkan kegagalan otak berfungsi dan (mangsa diserang) sesak nafas. 

“Berdasarkan laporan forensik hospital, kebanyakan mangsa yang mati adalah disebabkan sesak nafas dalam asap. Api mengambil masa untuk membakar bahan di dalam rumah tetapi asap berkumpul lebih cepat akibat pembakaran kerana ia terperangkap di dalam bangunan,” katanya.

Beliau berkata kajian menunjukkan bahawa peluang untuk menyelamatkan diri adalah 50% tinggi sekiranya alat pengesan asap dipasangkan berbanding dengan rumah yang tidak memilikinya.

“Walaupun pihak bomba belum mewajibkan penggunaan alat pengesan asap di rumah persendirian, tetapi masyarakat perlu tahu bahawa alat pengesan asap memainkan peranan penting untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top