DiAUDIT: Sistem Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran yang Anda Wajib Ada 2021!

diaudit

DiAUDIT: Sistem Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran yang Anda Wajib Ada 2021!

Pemeriksaan keselamatan kebakaran atau fire inspection merupakan proses yang penting bagi mendapatkan Sijil Perakuan BOMBA. Fire inspection penting dalam memastikan bangunan yang digunakan  selamat dan mempunyai sistem pencegahan kebakaran yang lengkap bagi mengelakkan risiko pada masa akan datang.

Jika anda merupakan individu atau kontraktor yang menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran, anda pasti tahu terdapat banyak aspek yang perlu diperiksa antaranya sistem penggera keselamatan, sistem pancur air dan sebagainya. Bukan mudah untuk melakukan setiap pemeriksaan dengan teliti secara manual tanpa ada sistem yang memudahkan.

Dan sekiranya anda pemilik premis, anda pasti ingin tahu laporan pemeriksaan keselamataan kebakaran yang dilakukan terhadap premis anda. Dan sekiranya anda menukar kontraktor keselamatan kebakaran, laporan masih boleh diakses dan digunakan pada masa akan datang.

Melangkah ke tahun 2021, segalanya online dan digital. Pernahkan anda terfikir tentang sistem pemeriksaan keselamatan kebakaran secara online di Malaysia?

Sekarang tak perlu risau lagi, sistem DiAUDIT merupakan sistem pemeriksaan keselamatan kebakaran online yang bakal memudahkan hidup anda.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi DiAUDIT di  telefon dan terus melakukan pemeriksaan dan audit secara online.

Apa yang anda akan perolehi sekiranya menggunakan DiAUDIT?

 

  • Anda dapat menjimatkan masa dan kos, tiada lagi isu rekod hilang kerana data anda disimpan secara online!
  • Penggunaan kertas dan bilangan inspector on-site juga dikurangkan.
  • Laporan pemeriksaan keselamatan kebakaran boleh diakses dimana-mana sahaja
  • Laporan yang komprehensif! Lengkap dengan data dan analitik.
  • Senarai semak dan laporan yang seragam.

Sekiranya anda adalah pemilik premis, anda boleh arahkan kontraktor anda menggunakan sistem ini. Mengapa? Jawapannya sekiranya anda menukar kontraktor anda di masa akan datang, maklumat sistem pencegahan kebakaran yang ada dibangunan anda tetap boleh diakses oleh anda dan tidak akan hilang

Jika anda pemilik premis atau kontraktor dan belum menggunakan sistem DiAUDIT, anda wajib dapatkan sekarang. Apa yang lebih menarik, sistem ini PERCUMA! Ia dicipta khas bagi memudahkan para pemeriksa keselamatan kebakaran melakukan pemeriksaan secara online serta pemilik premis bagi mendapatkan laporan berkenaan keselamatan kebakaran bangunan anda.

diaudit

Bagaimana cara untuk menggunakan DiAUDIT?

 

  1. Daftar akaun anda di laman web https://diaudit.com/
  2. Muat turun aplikasi di Play Store atau App Store
  3. Lakukan pemeriksaan keselamatan kebakaran secara online

Semudah 1..2..3.. Lakukan Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran di Hujung Jari Anda! Daftar Sekarang DiAUDIT!

 

support

support

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top