Performance Based Approach (PBA) di Malaysia
Perlu untuk kita tahu bahawa Performance-Based Approach (PBA) telah diperkenalkan secara eksklusif bermula pada tahun 2003. Secara umumnya, adalah wajib untuk pihak yang memiliki dan ingin mendirikan bangunan di Malaysia mematuhi semua prescriptive building code seperti Uniform Building by-Law 1984:2012 amendment dan Sarawak Building Ordinance 1994.
Namun begitu, dalam beberapa keadaan, penggunaan pendekatan PBA dibenarkan, khususnya untuk projek pembangunan yang mana bangunan tersebut memiliki ketinggian melebihi 150 meter, berkeluasan melebihi satu juta meter persegi, serta pembangunan bercampur (mixed development). Projek seperti ini sering menghadapi kesukaran untuk memenuhi kehendak ‘compartmentation’ dan ‘travel distance’ seperti berikut.
Ciri-Ciri Prescriptive Building Code
UBBL 1984 by Law – Ninth Schedule
Dimensi Bangunan dan Ruang Maksimum Had Dimensi – 4000m² (3700m² di bawah Undang-Undang SBO 1994) atau 14000m³ (di bawah bangunan bersprinkler).
Seventh Schedule
Had jarak perjalanan maksimum ke pintu keluar dan had jalan berhenti hendaklah dinyatakan dalam Jadual Ketujuh Undang-Undang Kecil. Had apabila alternatif tersedia untuk kedai adalah 45 meter (bangunan bersprinkler).
Kepentingan Pengunaan Performance-Based Approach
Contohnya, bangunan sebesar KLIA di Malaysia perlu dibina tembok batu bata setiap 4000m² untuk tujuan compartmentation? Atau pusat membeli-belah besar seperti AEON dengan jarak travel distance yang terhad? Pasti ianya kelihatan pelik. Tambahan pula, dengan keunikan pelbagai reka bentuk dan kepelbagaian fungsi bangunan besar, termasuk bangunan pencakar langit yang menyukarkan pematuhan tersebut.
Jabatan Bomba menggalakkan pematuhan prescriptive building code dan hanya perkara yang melibatkan compartmentation & travel distance sahaja dibenarkan untuk tidak mematuhi. Namun mesti melalui proses penggunaan alternative advance smoke management dan sprinkler system.
Di Australia dan Jerman contohnya, hampir semua pematuhan prescriptive building code boleh menggunakan PBA, termasuk pintu rintangan api. Kita dapat melihat perkembangan reka bentuk dan keperluan bangunan semasa. Malaysia juga akan lebih banyak menggunakan PBA pada masa akan datang.
Peranan Fire Safety Consultant
Peranan Fire Safety Consultant untuk memberikan pandangan dan pengiraan berdasarkan provision of engineered smoke system. Ini akan melalui Computational Fluid Dynamics (CFD) untuk tujuan model dan kajian pengungsian.
Golongan profesional ini akan melakukan demonstrasi kepada Authority Having Jurisdiction (AHJ). Ini kerana mahu membuktikan bahawa kawasan compartment yang besar tidak akan menyebabkan critical life safety tenability criteria. Ini juga menunjukkan bahawa penghuni masih mempunyai laluan keluar jika berlaku kebakaran.
Asal idea ini adalah untuk pengurusan asap dan pengungsian, dan konsultan perlu teliti dalam aspek ini selain faktor motivasi wang. Penelitian tepat perlu dilakukan pada perimeter yang dimasukkan, terutama semasa proses simulasi, pengiraan, dan dokumentasi.
Selain CFD untuk model asap, kita juga boleh menggunakan SYLVIA, CFAST, LUMP PARAMETER dan lain-lain. Contoh software untuk kajian pengungsian termasuk SIMULEX dan PATHFINDER. Aspek utama yang akan diperhalusi adalah pengurusan asap berdasarkan AS/NZS 1668-1:2015 atau MS 1780:2005, bergantung kepada perbincangan antara pelanggan, konsultan dan AHJ.
Walaupun sprinkler system (NFPA 13) akan disemak, sebagai contoh, jika perlu implementasi Early Suppression Fast Response (ESFR). Sistem sprinkler ini khususnya bagi kawasan yang ber’atrium’ atau void besar.
Proses dan Pengujian Performance-Based Approach
Apabila pengujian projek PBA ini dijalankan, perkara yang dilihat termasuk visibility clearance melebihi 10 meter, ketinggian lapisan asap 2.5 meter, serta berfungsinya sistem pengekstrakan asap, smoke curtain, alarm, dan lain-lain.
Semasa ujian ini, Authority Having Jurisdiction (AHJ) kebiasaannya akan bertanya tentang ujian sistem pasif dan aktif lain. Contohnya, lif, fire-rated roller shutter dan lain-lain. Ini kerana aktiviti PBA ini adalah secara ‘zoning’, mirip ujian electrical isolation switch.
Penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan adalah untuk menggunakan real live test untuk menghasilkan hot smoke berbanding kaedah konvensional smoke gun (cold smoke).
Begitu juga dengan heat release rate 5MW dan air change per hour (ACH) fan extractor yang telah lama digunakan, kerana evolusi dalam bidang ini telah menukar hampir segalanya, termasuk bahan-bahannya. Kemungkinan besar penggunaan 5MW sudah tidak lagi relevan.
Kesimpulan
Tahukah anda, kos untuk ‘real’ PBA practice adalah antara MYR15-20K untuk ujian beberapa minit sahaja? Namun, kaedah ini semakin meluas digunakan di negara-negara maju, dan kita harus menguasai kaedah PBA agar dapat seiring dengan perubahan dan menjamin keselamatan kebakaran bangunan.
Related: Keselamatan Kebakaran Perniagaan
Kredit: Tuan Mohd Fahmi Bin Badulrudin.