Permohonan Manual Perakuan Bomba : Cara Memperbaharui Perakuan Bomba

sijil perakuan bomba

Permohonan Manual Perakuan Bomba : Bagaimana Cara Untuk Memperbaharui Perakuan Bomba

Construction Worker Saved in a Houston Fire | Video | POPSUGAR Celebrity

Sijil perakuan Bomba atau Fire Certicate (FC) ialah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada premis yang dikategorikan sebagai premis tetap iaitu bangunan yang tersenarai dalam jadual ke-7 Uniform Building by-Law (UBBL).

sijil perakuan bomba

Setiap tahun, premis tetap ini perlu memohon sijil perakuan Bomba bagi memastikan bangunan selamat untuk  digunakan. Jika terdapat sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap bangunan, Jabatan Bomba boleh mengeluarkan arahan tentang langkah yang perlu dilakukan bagi  memastikan bangunan tersebut selamat.

Bagaimana cara untuk memohon sijil perakuan Bomba ni?

Sebelum ni, Sistem BLESS (Business Licensing Electronic Support System) merupakan sistem yang perlu anda gunakan bagi memperbaharui Sijil Perakuan Bomba setiap tahun. Anda perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan hanya perlu memohon secara online.

Walau bagaimanapun, Bomba telah mengeluarkan satu kenyataan tentang penamatan penggunaan sistem Business Licensing Electronic Support System (BLESS) bagi permohonan perakuan Bomba.

Tutor BLESS :: Tutor 1 : Mendaftar Dengan BLESS

Bermula 4 Jun 2021, permohonan baru dan permohonan pembaharuan bagi tujuan perakuan Bomba hendaklah dibuat secara manual kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di negeri masing-masing.

Dapatkan Sijil Perakuan Bomba sekarang

Premis anda memerlukan sijil perakuan Bomba? Namun, anda tidak pasti bagaimana? Konsultan kami mempunyai kepakaran dan boleh membantu anda. Hubungi kami sekarang!

Bagaimana cara untuk membuat permohonan manual perakuan Bomba?

Bagi permohonan secara manual, terdapat beberapa borang yang perlu disediakan antaranya:-

  1. BORANG I BAGI PERMOHONAN PERTAMA / FC6/ FC 7
  2. BORANG III BAGI PERMOHONAN BARU
  3. BORANG FC4
  4. SALINAN SIJIL PERAKUAN BOMBA YANG HENDAK DIPERBAHARUI

BORANG I BAGI PERMOHONAN PERTAMA KALI

Borang I (Borang Permohonan Bagi Perakuan Bomba) hendaklah dikemukakan oleh pemohon disertakan dengan dokumen berikut:

i. Salinan CCC atau CFO
ii. Pelan Bangunan (yang telah diperakukan oleh JBPM semasa pengeluaran CCC/CFO)
iii. Surat pemilikan premis terkini
iv. Hak milik tanah
v. Salinan cukai pintu
vi. Lesen perniagaan

BORANG III BAGI PEMBAHARUAN

Sijil Perakuan Bomba berkuatkuasa untuk satu tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap tahun.

Permohonan bagi pembaharuan Sijil Perakuan Bomba hendaklah menggunakan Borang III (Borang Permohonan Bagi Pembaharuan Perakuan Bomba) dan dibuat tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh sijil perakuan bomba itu.

BORANG FC4

Borang FC4 (Permohonan Pemeriksaan bagi Tujuan Pemeriksaan Bomba)

SALINAN SIJIL PERAKUAN BOMBA YANG HENDAK DIPERBAHARUI

Bagi permohonan baru perakuan Bomba, dokumen salinan sijil perakuan Bomba yang hendak diperbaharui perlu disertakan.

sijil perakuan bomba

 

Setelah kesemua borang dan dokumen dilengkapkan, pemohon perlu menghantar permohonan secara manual kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri masing-masing.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami bagi mendapatkan kosultansi bagi mendapatkan sijil perakuan Bomba. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut. Whatsapp kami sekarang atau email ke [email protected]

Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran Online

Sekarang ni, semuanya nak online! Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran pun boleh dilakukan secara online dengan DiAUDIT.
support

support

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top