Pengenalan:
Bateri lithium-ion digunakan secara meluas dalam peranti harian seperti telefon pintar, komputer riba, power bank dan skuter elektrik. Walaupun selamat secara umum, penggunaan yang tidak betul atau pengecas palsu boleh menyebabkan bateri menjadi panas melampau atau meletup. Artikel ini berkongsi langkah keselamatan penting untuk mengelakkan kebakaran di rumah anda.
10 Tip Keselamatan Kebakaran untuk Bateri Lithium-Ion:
-
Guna Pengecas Asal dan Sah
Gunakan pengecas yang dibekalkan oleh pengeluar atau yang telah disahkan. -
Jangan Terlalu Mengecas (Overcharge)
Cabut pengecas selepas bateri penuh untuk elak kepanasan berlebihan. -
Elakkan Mengecas Semalaman
Pengecasan semasa tidur meningkatkan risiko kebakaran tanpa disedari. -
Jauhkan dari Bahan Mudah Terbakar
Elakkan mengecas atas katil, sofa atau berhampiran langsir. -
Simpan di Tempat Sejuk dan Kering
Suhu tinggi dan kelembapan boleh merosakkan bateri. -
Buang Bateri yang Rosak atau Bengkak
Bateri yang bocor, bengkak atau rosak boleh membahayakan. -
Elakkan Menindih Peranti Semasa Mengecas
Panas boleh berkumpul. Caj satu peranti dalam satu masa di kawasan terbuka. -
Pasang Penggera Asap di Kawasan Caj
Memberi amaran awal jika berlaku kebakaran. -
Cabut Pengecas Jika Tidak Digunakan
Pengecas yang terbiar masih boleh menghasilkan haba. -
Sediakan Alat Pemadam Api di Rumah
Gunakan pemadam api jenis ABC atau selimut kebakaran EV untuk situasi kecemasan kecil.
Kesimpulan:
Bateri lithium-ion perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, anda boleh mencegah kebakaran dan menjaga keselamatan keluarga.
Hubungi kami sekarang atau hubungi 03-7831 4791 untuk menjadualkan konsultasi percuma
Keselamatan anda adalah misi kami- Mari kita capai bersama-sama!
#AITO #AITOFireSafety #AITOProtect #AITOFireServices #AITOFireConsultancy #EVFireBlanket #SIRIMEVFireBlanket
#FireSafetyMalaysia #KeselamatanKebakaran #MalaysiaFireProtection #FireExtinguisher #Homesafetykit
#LindungiNyawaHarta #BOMBAApproved #PencegahanKebakaran #FireSafetyFirst #SIRIMCertified