Memandu ketika Banjir – Selamat atau tidak?

memandu banjir

Tips Memandu ketika Banjir – Sekarang ni musim banjir telah melanda di beberapa negeri di Malaysia. Di Pahang, lebuhraya terpaksa ditutup dan beberapa laluan terputus akibat tanah runtuh. Banyak juga kenderaan yang terjejas dan tersekat akibat banjir.

Apa yang anda akan lakukan jika anda berada dalam situasi tersebut? Berpatah balik balik kita atau redah je?

Perkara pertama yang anda perlu ingat, memandu dan meredah banjir bukanlah idea yang baik. Kalau jalan banjir di hadapan, berpatah balik! Lebih-lebih lagi jika ketika hujan sedang turun dengan lebat – anda tidak dapat melihat dengan baik dan tidak tahu apa yang ada di dalam laluan banjir tersebut.

memandu banjir

Tapi, jika anda masih mahu meneruskan perjalanan meredah banjir, ini tips untuk meredah banjir dengan cara yang paling selamat yang anda boleh lakukan.

Tapi ingat, tips ini hanya boleh dilakukan jika air sangat cetek. Kedalaman air melebihi 15cm sudah cukup untuk membuat kenderaan anda hilang kawalan. Pastikan air tidak melebihi bahagian tengah tayar kenderaan.

1. Pandu ke bahagian tengah jalan

Bahagian jalan yang mana paling selamat untuk dilalui? Di tengah jalan. Lupakan lane kiri dan kanan dan lalu di tengah sahaja. Ini kerana air cenderung untuk cetek di bahagian tengah.

How to Survive Getting Swept Away in Your Car by a Flood | Flash Flood

2. Bergilir-gilir dengan kereta lain

Bergerak dalam satu laluan adalah lebih selamat. Kenderaan di hadapan dapat menolak air ke tepi dan membuat laluan untuk kenderaan di belakang.

3. Pandu dengan perlahan

Perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah memandu dengan laju. Sekiranya anda perlu melalui jalan banjir, mulakan dengan 1-2mph kemudian 3-4mph untuk mengelakkan enjin dimasuki air.

4. Pandu dengan gear rendah

Sekiranya anda memandu dengan gear automatik, pastikan pandu dengan had laju rendah untuk kekal dalam gear 1 atau 2.

5. Keringkan brek

Setelah anda keluar dari laluan banjir, anda boleh mengeringkan brek dengan brek secara ringan semasa memandu dengan perlahan.

Itu sahaja tips dari kami, ingat pandu dengan selamat. Jika anda boleh elakkan dari melalui jalan yang dinaiki air, cuba elakkan.

AITO Firework menyediakan rundingan keselamatan kebakaran yang akan membantu anda memberikan penyelesaian untuk perniagaan anda.

Jika anda ingin megetahui lebih lanjut sebarang persoalan berkenaan keselamatan kebakaran, kami sedia membantu. Hubungi kami melalui [email protected] atau telefon 03-7831 4791 atau WhatsApp 010-365 2534

admin

admin

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top