Alat Pemadam Api : Fakta Pemadam Api Kenderaan Yang Tak Ramai Tahu
Alat pemadam api merupakan salah satu alat yang penting dan patut ada di dalam setiap kenderaan. Secara am nya, ramai yang masih tidak tahu tentang kepentingan alat pemadam api. Artikel ini menceritakan serba sedikit tentang alat pemadam api yang perlu anda tahu.
Jika anda masih baru dalam penggunaan alat pemadam api, jangan panik.
Baca bagaimana cara untuk mengendali pada botol pemadam api itu supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan. Langkah terawal yang anda perlu lakukan adalah, tarik tag plastik, tarik pin keselamatan besi dan halakan muncung pada kawasan api sebelum picu ditekan.
Saiz pemadam api yang paling sesuai untuk kereta adalah 1 kg. Saiz 1 kg adalah cukup bagi membantu penghapusan permulaan api sebelum ia bertambah marak.
Saiz 1 kg akan menghalang api daripada merebak iaitu memngikut pembuangan atau pelepasan masa selama enam saat (dari masa pin keselamatan ditarik ke atas sehingga gas habis).
Pemadam api paling sesuai untuk diletakkan dibawah tempat duduk penumpang hadapan. Ini adalah kerana ia mudah untuk dicapai semasa berlaku kecemasan.
Jika anda meletakkannya didalam but kereta, kemungkinan besar sukar untuk anda mencapainya sewaktu berlaku kecemasan.
Jangan letak pemadam api di bawah tempat duduk pemandu kerana dalam keadaan kecemasan, kemungkinan besar ia akan bergolek ke bahagian pedal dan menaikkan lagi risiko kemalangan nyawa.
Jenis pemadam api aerosol tidak tahan lama.
Terdapat kedai-kedai yang menjual alat pemadam api aerosol seperti penyembur wangian sahaja. Ia adalah sangat kecil dan mempunyai jangka hayat yang pendek.
Selain itu, ia tidak mempunyai meter tekanan dan adalah sukar untuk memastikan ia akan berfungsi atau tidak sewaktu berlakunya kecemasan.
Jangan buang alat pemadam api yang telah digunakan.
Untuk alat pemadam api 1 kg dan keatas, selepas penggunaan, ia boleh dihantarkan kembali ke pengedar untuk proses servis dan pengisian semula.
Untuk pengetahuan, alat pemadam api perlu di servis walaupun tidak habis diguna. Alat pemadam api tidak mempunyai fungsi yang sama seperti penyembur wangian.
Walaupun semasa ingin “mencuba”, serbuk ABC yang terdapat di dalam pemadam api boleh menyebab pengkaratan muncung pemadam api dan tekanan angin di dalam tong akan beransur keluar.
Pastikan anda hantar alat pemadam api anda untuk diservis apabila pin keselamatan sudah ditarik dan telah membuat penggunaan, walaupun sedikit!
Pastikan tong pemadam api menegak. Apabila digunakan, tong mesti berada dalam keadaan lurus dan bukan dalam keadaan yang tidak seimbang
Jauhkan diri anda 1.5 meter dari sumber api.
Jangan berdiri terlalu dekat kerana serbuk pemadam api boleh terkena ke arah anda. Tekanan udara yang tinggi dalam tong adalah selamat untuk menghalakan alat pemadam api pada jarak 1.meter.
Alat pemadam api bersaiz 1 kg dan ke atas boleh digunakan selama 10 tahun. Mengikut piawaian pengilang, satu alat pemadam api 1 kg boleh digunakan selama 10 tahun.
Walau bagaimanapun, pemeriksaan pada pemadam api harus dilakukan pada setiap tahun bagi memastikan tekanan masih ada.
Kegunaan pemadam api bukanlah hanya untuk diri anda sahaja.
Pastikan anda mempunyai pemadam api supaya anda boleh menolong orang lain yang di dalam kecemasan. Tindakan anda itu mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Kebakaran sering berlaku pada kenderaan canggih yang disebabkan oleh litar pintas. Kebanyakan kebakaran kenderaan yang berlaku adalah berpunca daripada pengubahsuaian sistem lampu utama.
Walaupun negara ini belum mewajibkan pemadam api bagi setiap rumah, ia adalah yang terbaik untuk membelinya sebagai langkah persediaan.
Pastikan anda mempunyai pemadam api yang boleh membantu anda sewaktu berada di dalam kecemasan kerana bahaya boleh datang tanpa dijemput dan untuk melaluinya adalah sesuatu yang amat mengerikan.