Alat Pemadam Api Dirumah : Keperluan Atau Sekadar Perhiasan

fire extinguisher

Alat Pemadam Api Dirumah : Keperluan Atau Sekadar Perhiasan

 

Alat pemadam api dirumah sepatutnya menjadi keperluan di setiap rumah untuk kegunaan jika berlaku kecemasan kebakaran. Namun, kesedaran di dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang.

Ramai yang beranggapan bahawa tiada keperluan untuk memiliki alat pemadam api di rumah. Ini adalah kerana mereka tidak nampak akan kebarangkalian kebakaran yang mungkin boleh berlaku.

Ramai juga yang tidak mahu melaburkan duit pada alat pemadam api kerana harga dan keperluan untuk menyelenggara alat pemadam api ada kos tersendiri.

Jika harga yang dipersoalkan, seharus kita fikirkan pula kos kerosakan yang bakal dialami jika kebakaran berlaku di rumah adalah lebih dari harga alat pemadam api itu sendiri.

 

“Alat pemadam api mudah alih ini tidak begitu mahal dalam lingkungan RM100 lebih seunit.

“Jika anda mampu untuk sesuatu yang lebih mahal daripada itu, apa sangatlah alat pemadam api yang hanya RM100 lebih,” Bomba

 

Terdapat pelbagai pilihan jenama dan anggaran harga alat pemadam api dirumah yang terdapat di Malaysia.

 

Tips membeli pemadam api:

 

Pembeli haruslah menjadi pembeli dan pengguna yang bijak dengan mencari alat pemadam api dirumah yang berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan.

Jangan tertipu dengan harga alat pemadam api yang murah kerana risiko kemungkinan besar penjual itu menggunakan tong pemadam api yang lama dan diisi baru untuk dijual kepada pelanggan.

Jadi, pastikan tahun pengeluaran tong adalah tahun yang terkini.

Pastikan juga anda tahu dimana tempat untuk menyelenggara alat pemadam api anda kerana alat pemadam api perlu diselenggara setahun sekali.

 

 

Pemeriksaan sendiri pemadam api:

 

Untuk pemeriksaan sendiri, setiap alat pemadam api hendaklah diperiksa sebulan sekali. Caranya, pastikan pressure gauge pada tabung menunjukkan kepada kandungan penuh. ( hijau – penuh, merah – kosong ).

alat pemadam api dirumah
Pressure gauge pemadam api

Sekiranya berlaku kekurangan tekanan hendaklah dihantar ke servis agen. Pastikan tiada kerosakan atau kekaratan di bahagian luar tabung.

Pastikan safety pin berada pada kedudukan yang betul.

Discharge nozel, hos dan operating lever pula dalam keadaan baik dan bersih. Pastikan setahun sekali dihantar ke servis agen yang berdaftar untuk pemeriksaan dan mendapat kelulusan.

Alat pemadam api hanya boleh digunakan setahun sekali sahaja. Setelah melakukan penggunaan, sama ada banyak atau sedikit, alat pemadam api perlu dihantar ke servis agen untuk diisi semula.

Kami ingin menasihati dan menggalakkan setiap isi rumah memiliki sekurang-kurangnya satu alat pemadam api dirumah. AITO Firework Holding Sdn Bhd menawarkan harga alat pemadam api dirumah yang berpatutan disertakan dengan sijil bomba.

Kami juga turut menyediakan perkhidmatan menyelenggara alat pemadam api yang akan dilakukan oleh individu mahir dan berpengalaman.

Tugas kami sudah tentu untuk memastikan alat pemadam api anda aktif dan dalam keadaan yang sedia digunakan. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, boleh menghubungi kami di talian 03 – 7831 4791 atau klik WHATSAPP

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top