Alat Pemadam Api Mudah Alih Adalah Sangat Penting.
Malang tak berbau.
Walaupun kebakaran boleh dikesan melalui bau dan asap, namun kadang-kala kita hanya menyedarinya apabila api dah mulai membesar. Walaupun kita sudah dapat mengesan kebakaran yang berlaku di skala kecil, namun jika kita tiada alat pemadam api pada waktu kejadian, api yang kecil itu akan menjadi besar dalam hanya sekelip mata. Kalau tak percaya cuba bakar satu kertas dan kelip mata anda sekali haha.
Sudah kebiasaan manusia ni memang suka pandang remeh pada perkara perkara yang melibatkan keselamatan. Bila baca artikel berkenaan kepentingan alat pemadam api, artikel mengenai kereta, rumah, tempat kerja atau asrama digalakkan menyediakan alat pemadam api, mesti kita fikir bahawa kebakaran bukan berlaku hari hari pun, kalau berlaku kebakaran pun panggillah BOMBA. Amboi, senang betul dia cakap.
Ye la, BOMBA sampai pada waktu rumah kau dah terbakar dengan jayanya. Okay, malas betul kan nak berdebat dengan orang yang rasa dia betul ni. Tapi kalau dah terbakar tu, nasi sudah menjadi bubur, alahaii sedap pulak bubur McD.
Tapi bila jadi kes macam pusat tahfiz yang terbakar itu hari, dah bila keluar keputusan siasatan dimana mereka tidak meletakkan alat-alat keselamatan yang sepatutnya ada seperti alat pemadam api atau alat pengesan asap bukan main lagi salahkan pihak yang bertanggungjawab.
Jap, yang cakap tu ada alat pemadam api ke tidak di rumah? Oh ada eh? Dalam kereta pun ada??? Wah. Bagus lah. Harapnya boleh dijadikan contoh kepada mereka yang belum ada.
Demi keselamatan keluarga dan diri sendiri termasuklah property anda, sediakanlah alat pemadam api, kalau taknak alat pemadam api yang besar besar tu dengan alasan berat nak angkat, haa alat pemadam api yang kecik boleh letak atas riba pun ada disediakan.
Banyak alternatif yang dimudahkan kepada pengguna untuk pengguna pentingkan keselamatan, tapi kurang yang ambil peduli malahan bila dah jadi sesuatu peristiwa, anda salahkan takdir, “benda nak jadi”.
Pernahkah anda terfikir? Benda nak jadi sebab anda tiada usaha untuk melindungi diri sendiri. Benda nak jadi bila dah ambil inisiatif untuk mengelakkan itu barulah dikatakan kun fayakun.