Betul Ke Hand Sanitiser Terbakar Jika Ditinggalkan Dalam Kereta?

Betul Ke Hand Sanitiser Boleh Terbakar Jika Ditinggalkan Di Dalam Kereta?

Sudah lebih setahun kita terkesan dengan penularan Covid-19. Masyarakat kini mengamalkan norma baharu – memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri. Hand sanitiser dibawa kemana-mana, ada yang disimpan di dalam beg ada yang di kereta.

Tetapi pernakah anda terfikir jika hand sanitiser yang disimpan di dalam kereta boleh terbakar akibat suhu tinggi atau cuaca terlalu panas? Dengan cuaca di Malaysia yang boleh tahan panas, viral pula baru-baru ni banyak kes kenderaan terbakar, kadang-kadang risau juga.

Tetapi betul ke hand sanitiser boleh terbakar?

Kalau kita periksa balik kandungan hand sanitiser ni. Kandungan utamanya ialah alkohol iaitu bahan yang mudah terbakar. Tetapi semudah mana ia boleh terbakar?

Apa yang terjadi jika hand sanitiser terdedah kepada suhu tinggi?

Suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya internal pressure ke atas sanitiser tersebut. Vapor pressure akan berlaku di mana sanitiser akan terwap dan meningkatkan tekanan di dalam botol hand sanitiser.

 

Berapakah suhu yang membolehkan sanitiser terbakar?

Tak kira apa pun bahan itu, untuk membolehkan bahan tu terbakar, bahan tu mesti menjadi gas terlebih dahulu. Ini termasuklah kertas, perabot, minyak masak,  atau apa-apa sahaja.

Atau nak bagi faham, ia akan menjadi wap dulu. Pernah tengok gas yang keluar dari tempat mengisi minyak semasa anda mengisi minyak kereta? Ya, itu lah “wap” yang kami maksudkan.

Disinfeksi No #1 Di Malaysia

Lindungi diri dan keluarga anda dari ancaman Covid-19. Perlukan khidmat sanitasi dan disinfeksi? Hubungi kami sekarang!

Pernahkah anda terfikir bagaimana pulak minyak petrol yang bentuk cecair ni cepat betul dia menjadi gas kan? Ini kerana suhu bagi menukarkan cecair gasoline (petrol) supaya menjadi gas adalah serendah -45°C hingga -40°C.

Suhu ini kita panggil “Flash Point”. Maksudnya pada suhu ini, minyak petrol anda sudah bersedia untuk terbakar hanya dengan wujudnya satu percikan api kecil. Disebabkan itu jangan sesekali anda menghisap rokok ketika mengisi minyak!

Hand sanitizer juga begitu, ia perlu menjadi wap dahulu sebelum terbakar. Jadi berapa suhu Flash Point untuk alcohol yang ada di dalam hand sanitizer?

Kami ambil Ethanol sebagai elemen alkohol dalam hand sanitizer sebagai kajian. Untuk membolehkan ethanol berubah menjadi wap adalah sekitar 12°C – 22°C ( Rujukan Fire Dynamics, Gregory E. Gorbett m/s 104).

E85 vs Gas - YouTube

Ini bermakna dalam suhu 12°C – 22°C sanitizer anda sudah bersedia untuk terbakar sekiranya ada percikan api atau nyalaan terbuka yang dikenakan.

Saya ulang, sekiranya terdapat nyalaan terbuka atau percikan api. Sebab tulah, jangan nyalakan rokok atau hisap rokok ketika anda baru sahaja menggunakan hand sanitizer.

Boleh ke hand sanitizer dalam kereta terbakar secara tiba-tiba akibat terlalu panas?
Ya sekiranya ada terdapat nyalaan api atau suhu mencecah 365°C.

Jadi, anda tidak perlu panik, suhu nyalaan, iaitu suhu yang membolehkan ia terbakar secara sendiri bagi alcohol adalah lebih kurang 365°C. Jadi sekiranya tiada nyalaan terbuka ( contoh: Api lighter), hand sanitiser tidak akan terbakar.

Lighting Our Fire: How Zippo Manufacturing Keeps the Spark of Innovation Alive

Tahukah anda berapa suhu yang diperlukan untuk menyalakan sekeping kertas seperti A4? ianya adalah 218–246 °C. Ini bermakna suhu nyalaan kertas adalah lebih rendah dari sanitizer anda. jadi, siapa yang akan terbakar dahulu? kertas atau sanitizer? Jawapannya kertas.

Kajian menunjukkan maksimum suhu tertinggi yang pernah direkodkan di dalam sebuah kereta di bawah cahaya matahari adalah 80°C. Manakala di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Universiti Malaysia Pahang pula menunjukkan rekod tertinggi adalah 50°C ( DOI: http://dx.doi.org/10.15282/jmes.6.2014.28.0098)

Walau bagaimanapun, masih terdapat kesan buruk sekiranya hand sanitiser didedahkan kepada suhu tinggi dalam jangka masa yang lama. Alkohol dalam hand sanitiser boleh tersejat dan sanitizer anda menjadi kurang efektif kerana kandungan alkohol telah berkurangan.

Disinfeksi No #1 Di Malaysia

Lindungi diri dan keluarga anda dari ancaman Covid-19. Perlukan khidmat sanitasi dan disinfeksi? Hubungi kami sekarang!

Walau apa pun, pencegahan itu lebih baik dari merawat kan? Jadi beberapa langkah keselamatan tetap perlu diambil sepanjang anda menyimpan hand sanitizer.

Apa yang anda boleh lakukan ialah:

  • Tidak menggunakan hand sanitiser berdekatan api
  • Tidak meninggalkan hand sanitiser di dalam kereta dalam tempoh yang lama
  • Sekiranya anda ingin simpan hand sanitizer di dalam kereta, letakkannya di dalam dashboard atau mana-mana ruang yang tidak terdedah dengan cahaya matahari.

Sekiranya anda sukakan artikel ringkas kami ini, share, follow and like page kami ya!

support

support

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top