Punca Utama Kematian Kerana Kebakaran Dan Cara Menanganinya

Terbakar dan melecur adalah akibat yang boleh berlaku kepada seseorang sewaktu menghadapi kemalangan api kebakaran.

Tetapi di Malaysia, dikatakan itu tidak menjadi punca utama kematian berdasarkan kes-kes yang berlaku di Malaysia. Kebanyakan kes kematian yang berlaku yang melibatkan kehilangan nyawa adalah berpunca daripada mati lemas akibat terhidu asap tebal.

Asap yang tebal boleh menganggu sistem pernafasan sewaktu terperangkap didalam bangunan yang terbakar.

Apabila penglihatan menjadi kabur, sukar untuk menentukan arah tuju untuk keluar dari bangunan yang terperangkap. Ini menyebab kesukaran untuk bernafas bagi jangka masa yang panjang dan boleh menyebabkan kematian.

Ini adalah salah satu cara yang kami ingin kongsikan kepada anda sebagai langkah menyelamatkan nyawa dan bersiap sedia jika berlakunya kebakaran dan asap yang tebal.

Merangkak

Adalah sangat penting untuk merangkak sewaktu berlakunya kebakaran. Lebih-lebih lagi apabila asap kebakaran sudah mula menebal dan menguasai bangunan.

Seeloknya merangkak dengan mengikuti dinding supaya senang mencari jalan keluar dengan cara meraba di bahagian dinding.

Gunakan tapak tangan sebagai penderia sepanjang perjalanan. Ini adalah kerana, tapak tangan mempunyai sensitiviti yang tinggi.

Gambar diatas menunjukkan kedudukan asap apabila kebakaran berlaku. Setiap ketinggian menunjukkan suhu api kebakaran. Secara am nya, asap akan naik ke atas dan berkumpul diatas.

Secara kelamaan, asap itu akan menutup bahagian atas yang boleh mencecah paras 0.3 meter. Paras 0.3 adalah paras yang selamat untuk kita merangkak keluar.

Apabila asap sudah memenuhi ruang diatas, ruang diparas duduk kita sahaja merupakan ruang yang selamat buat kita bagi menyelamatkan diri.

Jika badan terkena api kebakaran, jangan ambil keputusan untuk lari. Sebalik baring di atas tanah atau rumput dan pusingkan badan ke kiri dan kanan sebagai cara memadamkan api.

Adalah langkah yang salah untuk terus berlari apabila badan terbakar kerana itu hanya akan memarakkan lagi api kebakaran.

Ingat tiga langkah ini sekiranya badan anda terkena api kebakaran, STOP, DROP & ROLL.

Berhenti, tutup muka dan jatuhkan badan anda di tanah atau rumput yang terdekat dan pusingkan badan anda ke kiri dan ke kanan.

Disini juga saya kongsikan informasi tentang luka terbakar dan melecur.

Luka terbakar didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu badan akibat daripada haba kering seperti tenaga elektrik, geseran, kesan radiasi dan bahan api manakala luka melecur pula didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu kulit akibat daripada bahan kimia, wap atau cecair panas.

Kecederaan ini mempunyai 3 tahap klasifikasi iaitu tahap 1, tahap 2 dan tahap 3. Tahap satu merupakan kecederaan yang tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit dan hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja.

Tahap dua pula, kecederaan yang boleh menyebabkan penembusan lapisan kulit dan menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan.

Manakala pada tahap tiga, kecederaan yang berlaku menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit dan juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

Ini adalah tanda atau gejala mengikut tahap yang boleh didapati daripada kecederaan terbakar atau melecur. Sumber dari Portal Rasmi MyHEALTH (Kementerian Kesihatan Malaysia).

1. Tahap Satu

• Hanya melibatkan lapisan paling luar kulit (epidermis)
• Menyebabkan kulit menjadi merah
• Permukaan kulit kering
• Tiada pembentukan lepuh (blister)
• Menggelupas lapisan luar kulit (epidermis)
• Kebengkakan pada bahagian terlibat mungkin akan muncul
• Mangsa/pesakit akan berasa sakit dibahagian yang terlibat
• Mangsa/pesakit akan berasa sakit apabila bahagian terlibat disentuh

2. Tahap Dua

• Melibatkan lapisan bawah kulit (epidermis & dermis)
• Bahagian terbakar menjadi warna putih atau merah ceri
• Bahagian luka menjadi lembap
• Pembentukan lepuh (blister)
• Mangsa / pesakit merasakan sakit yang kuat

3. Tahap Tiga

• Melibatkan lapisan kulit sehingga ke derma & lapisan lemak
• Bahagian yang tercedera menjadi kering
• Luka mungkin mengalami pendarahan
• Bahagian tercedera menjadi warna kelabu atau hitam
• Mangsa / Pesakit merasa sedikit sakit atau tidak merasa sakit, akibat dari kerosakan saraf

Kami kongsikan juga rawatan segera yang boleh diambil bagi pihak yang ingin membantu sewaktu berlaku kecemasan menggunakan konsep 3B & 3C. Sumber dari Portal Rasmi MyHEALTH (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Burn stop”– hentikan pembakaran, jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju. Alihkan objek panas dari mangsa

“Breathing maintain” – pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek menghalang pernafasan.

“Body examine” – periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat

“Cool”– sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air

“Cover” – tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih

“Carry” – bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut

Pastikan keselamatan anda terjaga dimana sahaja anda berada.

Langkah-langkah pencegahan dan keselamatan perlu diambil tahu bagi setiap individu kerana bahaya boleh datang tanpa diundang.

Total Page Visits: 1329 - Today Page Visits: 5

Pin It on Pinterest

Share This