Insuran Kebakaran : 11 Situasi Boleh Dapat Insuran Kebakaran
Pemilik premis kini sudah semakin ada kesedaran tentang kepentingan Insurans kebakaran atau takaful. Tidak dinafikan, musibah kedai atau premis terbakar, kilang terbakar adalah berita yang jarang-jarang kita lihat keluar surat khabar atau di kaca televisyen. Boleh dikatakan, musibah ini pun memang jarang berlaku. Namun pemilik perniagaan ramai yang sedar akan impak kewangan yang bakal mereka alami sekiranya perkara tidak dingini seperti ini berlaku dalam keadaan bangunan mereka tiada perlindungan insuran kebakaran. Secara amnya, kedua-dua pemilik bangunan dan juga penyewa bertanggungjawab untuk mengetahui polisi insuran kebakaran dan takaful yang melindungi aset atau bangunan mereka. Adalah merupakan tanggungjawab pemilik bangunan untuk memastikan bangunan mereka mempunyai perlindungan insurans kebakaran. Namun penyewa juga perlu sedar bahawa segala ubah suai dalaman, perabot dan lain-lain harta benda di dalam bangunan juga perlu dilindungi. Makanya, mereka perlu membeli insuran kebakaran atau menyertai takaful ini secara berasingan.
Maksud Insurans Kebakaran
Polisi ini melindungi harta anda (bangunan dan/atau kandungan) terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran & kilat. Apakah konsep shariah yang digunapakai bagi produk ini? Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukan ke dalam Dana Risiko. Wakalah – bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Takaful Peserta di mana Takaful Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.
Manfaat Insuran Kebakaran
Polisi Kebakaran yang standard melindungi:
- Kebakaran, kilat dan letupan disebabkan oleh gas yang digunakan untuk kegunaan kediaman persendirian sahaja.
Anda boleh memperluaskan polisi ini untuk melindungi bahaya (peril) khas seperti berikut dengan bayaran premium tambahan. Perlindungan anda dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh:
- Pesawat dan peralatan udara lain dan/atau barang yang terjatuh daripadanya
- Gempabumi dan letupan gunung berapi
- Hurikan, siklon, taufan dan ribut angin
- Banjir (termasuk limpahan air laut)
- Letupan, tetapi dikecualikan kerugian atau kerosakan kepada dandang, alat penjimatan, atau bekas, mesin atau perkakas lain yang menggunakan tekanan atau kandungannya akibat daripada letupannya
- Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan dan paip yang dipasang di dalam atau ke atas bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi
- Kebakaran belukar/lalang
- Tanah jerlus dan/atau timbunan tanah di tapak bangunan didirikan atau tanah kepunyaannya,atau tanah runtuh
- Kebakaran yang hanya disebabkan oleh penapaian, pemanasan, atau pembakaran secara spontan olehnya sendiri
- Rusuhan, mogok dan perbuatan berniat jahat
- Pokok tumbang atau dahan dan objek jatuh daripadanya.
AITO Firework menyediakan rundingan keselamatan kebakaran yang akan membantu anda memberikan penyelesaian untuk perniagaan anda.
Hantarkan e-mel kepada kami sekarang di [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan rundingan keselamatan kebakaran. Kami dapat membantu anda mengikuti peraturan untuk memastikan perniagaan anda memenuhi kewajibannya. WHATSAPP UNTUK KETERANGAN LANJUT atau hubungi 03-7831 4791