Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /var/www/vhosts/aito.com.my/httpdocs/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 36

Kalendar Bomba Malaysia : Menjadi Perhatian Di Media Sosial

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /var/www/vhosts/aito.com.my/httpdocs/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 36

Kalendar Bomba Malaysia : Kreatif Dan Jadi Perhatian Di Media Sosial

Anggota bomba yang berbadan tegap sudah mulai mendapat perhatian dari orang ramai mulai pada tahun 2014 dengan gelaran “Abang Bomba” apabila jabatan itu mengeluarkan terbitan kalendar yang menampilkan anggota bomba sendiri sebagai model yang menghiasi ruangan di calendar itu.

Susuk tubuh yang sasa menjadi punca utama kalendar itu menjadi bualan orang ramai.

Malahan, permintaan meningkat secara mendadak bagi memiliki kalendar itu. Ramai yang bertanyakan bagaimanakah cara untuk mereka membeli kalendar itu.

Pada tahun 2015, kalendar jabatan itu dicetak untuk edaran dalaman sahaja. Walaupun kalendar 2015 tidak diedarkan kepada umum, namun ia menjadi sangat popular apabila orang ramai menyuarakan keinginan mereka untuk mendapatkannya melalui laman sosial Jabatan Bomba.

Akhirnya, cetakan semula dibuat untuk memenuhi permintaan yang besar.

Kalendar Bomba Malaysia

Kalendar yang masih mengekalkan “Abang Bomba” sebagai paparan imej abang bomba kacak dan sado yang masih mencuri perhatian pengguna media sosial saban tahun.

Bagi kalendar 2017, ia masih mengekalkan imej hero seksi serta mengekalkan gaya profesional seorang anggota bomba. Kalendar ini turut memberi gambaran tugas hakiki anggota bomba yang berjuang dan berbakti kepada masyarakat.

Tidak dinafikan, usaha seperti ini telah meningkat perasaan minat anak muda terhadap kerjaya bomba dan penyelamat. Abang-abang bomba yang berbadan tegap ini telah menjadi inspirasi anak muda untuk meningkatkan kecergasan dalam masa yang sama berbakti kepada masyarakat.

Menerusi petikan artikel online m.star bertajuk “’Abang Bomba Sasa’ Bakar Semangat Golongan Muda” yang diterbit pada 30 Januari 2016, Ezam Aziery Mamat yang memegang gelaran Mr Malaysia 2015 (kategori middleweight) dan Mr Wonderful Bomba 2015 berkata tugasnya memerlukan dirinya sentiasa menjaga kesihatan supaya dirinya sentiasa berwaspada dan yakin dalam menjalankan tugas.

Oleh itu, beliau berkata beliau akan mengingatkan semua golongan belia untuk cergas dan menjaga kesihatan serta tidak melibatkan diri dalam aktiviti negatif.

Bagi Ezam, untuk lelaki yang menyertai badan beruniform, terutamanya di barisan hadapan, sangat penting untuk kekal cergas.

Dan kini pada tahun 2019, kalendar terbitan bomba tidak kurang sambutannya apabila menampilkan anggota bomba perempuan sebagai model.

Kalendar terbitan bomba pada tahun 2019 ini lebih banyak menampilkan gambaran anggota bomba lelaki dan perempuan bersama-sama menggalas tugas sebagai anggota penyelamat.

admin

admin

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top