Latihan Kebakaran Boleh Kurangkan Risiko Kebakaran

Latihan Kebakaran

Latihan Kebakaran Boleh Kurangkan Risiko Kebakaran

Di Malaysia, pihak bomba sangat menitikberatkan tentang hal kesedaran latihan kebakaran kepada masyarakat mengenai bahaya kebakaran.

Terdapat banyak kes kebakaran yang telah melibatkan kemalangan nyawa dan hilangnya tempat tinggal di Malaysia. Mengikut statistik kebakaran mengikut jenis premis bagi tahun 2017, jumlah keseluruhan kes yang berlaku di Malaysia adalah sebanyak 5,552 kes.

Latihan Kebakaran
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Program seperti ini sebaiknya diadakan setiap tahun. Terutamanya bagi premis bangunan. Ini adalah bagi memastikan latihan yang diberikan berterusan dan boleh memberi peringatan kepada individu.

Permohonan itu boleh dilakukan dengan cara memohon kepada Ketua Balai Bomba yang paling hampir dengan premis yang berkenaan. Lebihan lagi, ceramah yang disampaikan tidak dikenakan bayaran.

Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menjemput Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia untuk memberi latihan pencegahan dan keselamatan kebakaran di kawasan perumahan.

Ini adalah kerana kecuaian oleh penghuni rumah boleh menjadi punca utama kebakaran berlaku.

Terdapat banyak kes kebakaran yang melibatkan kediaman telah berlaku dan antara punca utamanya adalah kecuaian penghuni rumah itu sendiri.

Antara kecuaian yang sering dilakukan oleh penghuni rumah adalah:

1. Meninggalkan rumah tanpa membuat pemeriksaan keselamatan sebelum keluar.
2. Menyalakan api di kawasan yang mudah mencetuskan kebakaran
3. Meninggalkan api ketika memasak.
4. Tertidur semasa membuat kuih dan sebagainya.

Kesatuan penduduk atau wakil penduduk boleh menyatakan permohonan kepada Ketua Balai Bomba yang berdekatan dengan kawasan penempatan berkenaan.

Latihan Kebakaran

Bomba sangat mengalu-alukan jemputan dari mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang aktiviti yang melatih dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya kebakaran yang boleh berlaku dan langkah keselamatan yang boleh diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Latihan Kebakaran

Untuk maklumat dan no.telefon balai bomba yang berdekatan anda, anda boleh ke portal rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan rujuk kepada senarai zon dan balai Bomba dan Penyelamat mengikut negeri yang dikehendaki.

Lakukannya dengan segera supaya anda tidak akan menyesal di kemudian hari.

Bersama-sama kita memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya api kebakaran dan ketahui langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang boleh diambil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ingin mendapatkan konsultansi dan khidmat nasihat PERCUMA mengenai alat-alat pemadam api yang sesuai di kediaman dan premis anda? Hubungi / whatsapp talian 010-2412534 atau emailkan pertanyaan anda ke [email protected]

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top