Pemandu E-hailing Perlu Ada Alat Pemadam Api

Cara Daftar Grab Driver : Pemandu E-hailing Perlu Ada Alat Pemadam Api

Cara Daftar Grab Driver – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini telah mengumumkan bahawa pemandu yang ingin daftar grab driver atau perkhidmatan e-hailing lain (seperti MyCar dan MULA) perlu memiliki Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) dan alat pemadam api sebelum 12 Julai 2019.

Ia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Ini untuk meletakkan pemandu E-hailing setara dengan pemandu perkhidmatan Teksi, yang bertindak sebagai penyedia kenderaan perkhidmatan awam.

Pemandu akan menerima kad fizikal lesen vokasional yang baharu.

Cara Daftar Grab Driver

Individu yang ingin memohon Lesen Vokasional ini boleh mendaftar di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu yang diiktiraf oleh JPJ, bermula 1 April 2019 yang lalu.

Modul latihan Lesen Vokasional yang terlibat adalah selama 6 jam dengan kadar yuran maksima ditetapkan kerajaan pada RM200.

Manakala kenderaan yang ingin digunakan sebagai kenderaan E-hailing dan berusia kurang dari 3 tahun dari tarikh pendaftaran, hendaklah menjalani proses tukar kegunaan dari Kenderaan Persendirian Individu kepada Kenderaan Persendirian E-hailing. Permohonan boleh dibuat di Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan di seluruh Malaysia kecuali UTC.

Cara Daftar Grab Driver

Bagi kenderaan berusia lebih 3 tahun dari tarikh pendaftaran, perlu menjalani Pemeriksaan Awalan Terpakai di PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum menjalani proses tukar kegunaan kenderaan di JPJ.

Pemeriksaan PUSPAKOM boleh dilakukan di 54 cawangan PUSPAKOM di seluruh negara, serta di 8 pusat bergerak PUSPAKOM.

Beberapa peraturan ditetapkan untuk kenderaan yang boleh digunakan untuk E-hailing. Ia terbuka kepada semua jenis kenderaan kecuali Pick-Up, dengan 4-11 tempat duduk termasuk pemandu.

Bagi kenderaan 8 penumpang ke atas (9 termasuk pemandu), ia perlu dilengkapi kit pertolongan cemas. Semua kenderaan juga perlu memiliki alat pemadam api 1kg jenis serbuk kering atau karbon dioksida.

Cara Daftar Grab Driver

Bagi cermin kenderaan pula, ia perlu memiliki tahap ketelusan cahaya lebih 70% untuk skrin depan, lebih 50% untuk tingkap pemandu dan sebelah pemandu dan lebih 30% untuk penumpang belakang dan skrin belakang.

Menurut JPJ lagi, peraturan dan garis panduan ini ditetapkan untuk memberi perlindungan keselamatan kepada pemandu, penumpang dan pihak ketiga terhadap sebarang risiko yang tidak diingini.

Penguatkuasaan akan dikenakan kepada pemandu dan kenderaan yang ingkar, bermula 12 Julai 2019 selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pengangkutan.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menasihati para pemandu kenderaan agar menyimpan alat pemadam api dalam kenderaan mereka sebagai langkah awal mencegah kebakaran berikutan meningkatnya kes kenderaan terbakar di jalan raya yang melibatkan kereta.

Langkah itu perlu meskipun sebelum ini pihak berkuasa mewajibkan hanya kenderaan perniagaan seperti lori dan teksi berbuat demikian.

“Sekarang ini terdapat trend peningkatan bagi kemalangan kereta yang seterusnya menyebabkan kebakaran.”

“Jadi, kita nasihatkan agar orang ramai menyediakan alat pemadam api dalam kenderaan supaya dapat membantu sekiranya berlaku sesuatu,”

Statistik dari tahun 2015 mencatatkan, terdapat 278 kes kebakaran kenderaan melibatkan semua jenis pengangkutan darat, kebanyakannya kereta.

Bagi tahun lepas 2014, sebanyak 499 kes kebakaran kenderaan dicatatkan. Alat pemadam api sepatutnya menjadi sesuatu yang sangat penting dan wajib ada pada semua kenderaan.

Orang ramai sanggup berbelanja besar untuk membeli aksesori tambahan untuk kenderaan mereka, tetapi tidak sanggup untuk membeli pemadam api yang kosnya sekitar RM60 sahaja untuk setiap kilogram.

Sekiranya berlaku kebakaran pada kenderaan anda, cara paling mudah dan pantas untuk mengatasinya adalah dengan alat pemadam api (fire extinguisher) sebelum menunggu bantuan Bomba tiba.

Api pada sesebuah kenderaan akan merebak dengan sangat pantas iaitu dalam masa lima ke enam saat sahaja dan sekiranya ada alat berkenaan di dalam kereta, kebakaran dapat dibendung dengan pantas sekaligus mengelakkan kerugian yang lebih besar terhadap pemilik.

admin

admin

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top