Performance Based Approach (PBA) di Malaysia

Performance Based Approach (PBA) di Malaysia

Perlu untuk kita tahu bahawa Performance Based Approach (PBA) telah diperkenalkan secara ekslusif bermula pada tahu 2003 lagi. Secara umumnya, adalah sesuatu yang wajib untuk pihak yang memiliki dan ingin mendirikan sesuatu bangunan di Malaysia untuk mematuhi kesemua perscriptive building code (Uniform Building by-Law 1984:2012 amendment dan Sarawak Building Ordinance 1994).

Namun begitu dalam beberapa keadaan, adalah sesuatu yang dibolehkan untuk menggunapakai pendekatan PBA khususnya untuk projek pembangunan yang mana bangunan tersebut memiliki ketinggian melebihi 150 meter, berkeluasan melebihi satu juta meter persegi serta pembangunan bercampur (mixed development) di mana kategori projek seperti ini sukar utk memenuhi kehendak ‘compartmentation’ dan ‘travel distance’ seperti berikut:-

 

  1. UBBL 1984 by Law – Ninth Schedule
    Dimensions of Buildings and Compartments Maximum Limits of Dimensions – 4000m² (3700m² under SBO 1994 by Law) or 14000m³ (under sprinklered building)
  2. Seventh Schedule 
    Maximum travel distances to exits and dead end limits shall be specified in the Seventh Schedule of By-Laws. Limits when alternative are available for shops are 45 meter (sprinklered building).

 

 

Oleh sebab itu, Performance Base Approach boleh digunapakai sekiranya terdapat  penambahan saiz compartmentation dan travel distance pada sesuatu bangunan.

Dapatkah kita bayangkan sekiranya bangunan sebesar KLIA di Malaysia itu pada setiap 4000m² akan dibina tembok batu bata sebagai tujuan compartmentation? Big Shopping Mall seperti AEON dengan travel distance yang terhad? dan semestinya ianya akan menjadi sesuatu yang kelihatan pelik. Ditambah pula dgn ke’unik’an pelbagai rekabentuk dan kepelbagaian fungsi bangunan besar termasuk bangunan pencakar langit (skyscrapers) sekarang yang jelas menyukarkan pematuhan tersebut.

Jabatan Bomba menggalakkan pematuhan perscriptive building code, dan hanya perkara melibatkan compartmentation & travel distance sahaja yang dibenarkan sebagai non comply tetapi ianya mestilah melalui proses penggunaan alternative advance smoke management & sprinkler system.

Di Australia dan German contohnya, hampir kesemua pematuhan perscriptive building code boleh menggunakan ‘PBA’  dan ini termasuklah pintu rintangan api. Apa yang dapat kita lihat berdasarkan perkembangan rekabentuk dan keperluan bangunan pada masa kini, Malaysia juga akan lebih banyak menggunakan BPA pada masa akan datang.

Jadi, di sinilah peranan Fire Safety Consultant untuk memberikan pandangan dan pengiraan berdasarkan pada provision of engineered smoke system though Computational Fluid Dynamics (CFD) atau lain-lain software untuk modeling purpose dan evacuation study.

Golongan professional ini akan melakukan demonstrasi kepada Authority Having Jurisdiction (AHJ) bagi membuktikan bahawa compartment area yang besar itu tidak akan menyebabkan critical life safety tenability criteria for anticipated fire loads pada kawasan compartment dan ini akan menunjukkan bahawa sekiranya kebakaran berlaku, penghuni masih mempunyai jalan untuk keluar.

Idea asalnya adalah untuk smoke management + evacuation (pengungsian) dan pihak konsultan perlu  teliti dalam perkara ini selain faktor money motivation. Penelitian yang tepat perlu dilakukan pada perimeter yang dimasukkan terutamanya semasa proses simulation, calculation and documentation. Curiosity is good for us to improve the outcome later on.

Selain CFD untuk smoke modelling, kita juga boleh menggunakan SYLVIA,CFAST,LUMP PARAMETER dll manakala contoh software utk evacuation study seperti SIMULEX dan PATHFINDER. Apa yang akan diperhalusi sebenarnya adalah smoke management berdasarkan AS/NZS 1668-1:2015 atau MS 1780:2005 dan ianya bergantung pada hasil perbincangan antara pelanggan, consultant dan AHJ.

Walaupun sprinkler system (NFPA 13) akan disemak sebagai contoh sekiranya di dalam keadaan yang memerlukan implement Early Suppression Fast Response (ESFR). Sistem sprinkler ini khususnya bagi Kawasan yang ber’atrium’ atau large void.

 

 

Apa yg ingin dilihat semasa pengujian projek PBA ini adalah visibility clearance melebihi 10 meter, smoke layer height 2.5 meter dan sudah pasti semua sistem smoke extraction berfungsi sewajarnya dan begitu juga smoke curtain, alarm dan lain-lain.

Pada masa ujian ini dijalankan, AJH  kebiasaannya akan bertanyakan soalan tentang pengujian passive and active system lain seperti ujian pd lift, fire rated roller shutter dan lain-lain. Ini kerana activation PBA ni adalah secara ‘zoning’ lebih kurang seperti pengujian electrical isolation switch. Ini penting utk memastikan kaedah PBA tu memberikan hasil yang terbaik.

Perkara yg boleh ditambahbaik kelak ketika pengujian di masa akan datang ialah kemungkinan  untuk tidak lagi menggunakan kaedah konvensional smoke gun (cold smoke) sebaliknya menggunakan real live test utk menghasilkan hot smoke.

Begitu juga halnya dgn heat release rate 5MW yang telah digunakapai dari dahulu lagi termasuklah air change per hour (ACH) fan extractor bagi smoke extraction kerana evolusi yang telah berlaku dalam bidang ini telah menukar hampir segalanya termasuk dari segi bahannya. Kemungkinan besar bahawa penggunaan 5MW sudah tidak lagi relevan.

Kita juga sedia maklum bahawa, kebanyakan bahan yang ada dipersekitaran kita kini dihasilkan daripada bahan yang bersasaskan petroleum based products (CHO) ini termasuklah t-shirts yang dihasilkan  daripada polyester, polyethylene dan lain-lain lagi.

Dan tahukah anda, kos untuk ‘real’ PBA practice adalah diantara MYR15-20K untuk ujian yang dijalankan dalam beberapa minit sahaja? Namun, apa yang pasti kaedah ini semakin meluas digunakan di negara-negara maju dan membangun dan kita mestilah mampu menguasai kaedah PBA agar dapat seiring dengan perubahan yang berlaku dan menjadikan keselamatan kebakaran di bangunan adalah sesuatu yang amat penting.

Kredit: Tuan Mohd Fahmi Bin Badulrudin.

admin

admin

Leave a comment

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top