Jenis Alat Pemadam Api : Jenis dan Kelas Alat Pemadam Api
Alat pemadam api merupakan satu alat yang diperlukan bagi memadam atau mengawal api kebakaran di peringkat awal. Pelbagai jenis-jenis alat pemadam api berfungsi secara manual dan hanya berkesan apabila mengikut kelas api kebakaran.
Jenis-Jenis Alat Pemadam Api.
DRY POWDER : SERBUK KERING
Serbuk kering bertindak melemaskan api dengan menutup permukaan punca kebakaran dan memutuskan kitaran hayat api iaitu haba, bahan api dan oksigen.
KARBON DIOKSIDA: CARBON DIOXIDE
Sejenis gas yang bersih dan bersifat berlawanan dengan kitaran hayat api iaitu oksigen. Amat sesuai digunakan bagi kebakaran yang melibatkan perkakasan elektrik.
BUIH : FOAM
Jenis foam biasanya digunakan untuk memadamkan kebakaran jenis minyak (cecair). Selalunya digunakan oleh Bomba Jabatan Penerbangan.
AIR: WATER (H2O)
Biasanya digunakan bagi kebakaran jenis api pepejal seperti kebakaran kayu, kertas, kain atau sampah. Amat berbahaya digunakan untuk kebakaran elektrik kerana ia konduktor elektrik yang sangat baik.
METAL POWDER
Digunakan bagi memadam kebakaran logam seperti Potaosium, Sodium, Kalsium dan Magnesium.
Kelas Api
KELAS “A”
Kelas api “A” dapat memadamkan api pepejal seperti api kayu, api kertas, api sampah dan api kain. Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api jenis A adalah air dan debu kering.
KELAS “B”
Kelas api “B” dapat memadamkan api cecair seperti api minyak, api cat dan api varnish. Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api kelas B adalah buih, debu kering dan vaporising liquid.
KELAS “C”
Kelas api “C” dapat memadamkan api wap dan gas seperti butana, propane, oxy acetalane dan gas (LPG). Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api kelas C adalah debu kering, karbon dioksida (Co2) & vaporising liquid.
KELAS “D”
Kelas api “D” dapat memadamkan api logam seperti Potasium, Sodium, Kalsium dan Magnesium. Medium yang boleh digunakan untuk pemadaman api kelas D adalah soda ash (sodium carbonate), pasir, debu kering dan metal powder.
Api Elektrik
Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelas-kelas api. Boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai seperti debu kering, karbon dioksida & varpourising liquid.
Cara Guna Alat Pemadam Api Menggunakan Teknik Pass
PULL:TARIK – Tarik picu pin
AIM:HALA – Hala ke arah api
SQUEEZE:SEMBUR – Sembur alat pemadam api
SWEEP:LAYANG – Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan agar api segera padam.
Jenis-Jenis Alat Pemadam Api Mengikut Warna Pelekat