Cara Disinfeksi yang Berkesan Menghalang Penularan Covid-19

Dalam upaya mencegah penyebaran virus SARS-CoV-2 atau Covid-19, masyarakat ramai melakukan proses disinfeksi di pelbagai tempat. Pada masa yang sama, cara disinfeksi yang berkesan adalah penting dalam usaha mencegah perebakan dan penularan penyakit berjangkit dari kawasan terjangkit ke kawasan bebas penyakit.

disinfeksi

Disinfeksi merupakan proses nyahjangkitan atau pembasmian kuman yang dibawa oleh manusia sendiri dan bahan serta alat yang berkaitan yang berpotensi mencemarkan permukaan dengan menggunakan disinfektan.

Disinfektan merupakan bahan yang berupaya memusnah atau menyingkir mikroorganisma hidup seperti sodium hipoklorit/natrium hipoklorit/cecair peluntur dan dettol antiseptic.

Malah setiap bahan-bahan yang digunakan ini perlu melalui sukatan yang betul bagi mengelakkan berlakunya sebarang iritasi lebih-lebih lagi jika digunakan ke atas manusia.

Disinfeksi bukan sahaja dilakukan pada permukaan yang sering bersentuhan seperti dinding, lantai, bangunan, peralatan, pegangan tangga, gagang pintu, gagang telepon, workstation namun ada juga dilakukan terhadap tubuh, pakaian dan barang-barang yang dibawa oleh manusia.

 

Servis Disinfeksi No 1 Di Malaysia

Dapatkan perkhidmatan disinfeksi rumah, pejabat dan premis perniagaan anda sekarang!

Cara disinfeksi yang perlu dititikberatkan adalah :

  1. Penggunaan bahan kimia di setiap bancuhan (rujuk Jadual 1) bagi memastikan keberkesanan dalam menghapuskan virus, selamat ke atas tubuh manusia dan juga ketahanan terhadap setiap semburan dalam jangka masa yang lama.
                                  Jadual 1. Senarai Bahan Disinfeksi dan Cara Penyediaan
No.Bahan DisinfeksiCara Penyediaan
1.

SodiumHypochlorite (0.1-0.5%)

(bahan peluntur)

Campurkan 1 liter Sodium Hypochlorite kepada 9 liter air paip.
2.Ethanol (70%)Tiada

disinfektan

  1. Gunakan alat Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian berdasarkan target area samada dalam atau luar bangunan (rujuk Jadual 2).
                                       Jadual 2. Senarai Personal Protective Equipment (PPE)
No.PPE
1.Sarung tangan getah (pakai buang)
2.Penutup hidung dan mulut
3.Apron plastik
4.Kasut Boot Getah
5.Goggle atau face shield
6.Long-sleeved gowns
  1. Gunakan alat pembersihan dan disinfeksi yang betul dan bersesuaian (rujuk Jadual 3).
 

Servis Disinfeksi No 1 Di Malaysia

Dapatkan perkhidmatan disinfeksi rumah, pejabat dan premis perniagaan anda sekarang!
Jadual 3. Senarai Peralatan Pembersihan dan Disinfeksi
Dalam BangunanLuar Bangunan
Bekas semburan (spray can)Mist blower
Kain lapPortable Jetter
MopHigh Pressure Portable Jetter (5500L)
AirPortable Jetter (3000L)
SabunTailgate/Triton
    • Bersihkan permukaan yang hendak disinfeksi terlebih dahulu dengan menggunakan air dan sabun di mana berkaitan.
    • Bagi penggunaan kain mikrofiber (MOP), rendam kain mikrofiber (MOP) kedalam air yang telah berisi cairan disifektan. Lakukan pengelapan pada lingkungan permukaan dan biarkan tetap basah selama 10 minit.
    • Bagi penggunaan botor sprayer, isi botol dengan cairan disinfektan yang telah dibancuh menggunakan kain lap dan lakukan pengelapan secara zig-zag atau memutar dari tengah keluar.
    • Untuk disinfeksi ventilasi buatan, sebelum dinyalakan lakukan menyemburan pada Evaporator, Blower dan penyaring udara (filter) dengan botol sprayer yang telah berisi cairan disinfektan.
  •  
  1. Setelah selesai proses disinfeksi, semua peralatan perlindungan diri pakai buang perlu dibuka dan dibuang ke dalam beg sampah serta diikat dengan rapi dan di buang ke tong sampah yang bertutup. Dan, pastikan tangan dibasuh dengan sabun dan air selepas semua peralatan perlindungan diri dibuka.

Hubungi kami di talian 011-10802534 atau email kami di [email protected] atau [email protected] bagi rundingan, nasihat dan perkhidmatan yang berkaitan. “Disinfeksi, Kebersihan, Keselamatan Anda Jaminan Kami”

admin

admin

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top