Cara Permohonan dan Pembaharuan Sijil Perakuan BOMBA

Figure-1-Sample-of-Fire-Certificate-issued-by-BOMBA

Apakah premis yang patut memohon Sijil Perakuan Bomba Malaysia?

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengeluarkan suatu Sijil Perakuan Bomba kepada premis yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan. Kategorinya adalah seperti jadual yang di bawah: –

JADUAL PREMIS DITETAPKAN
Premise UsageSizeLocation
PerpustakaanLebih daripada 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)Entire Malaysia
Hospital dan Rumah Rawatani) 3 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter persegi

ii) 5 tingkat dan lebih
HotelReka bentuk laluan langkan terbuka
i) 4 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 50 bilik
ii) 6 tingkat dan lebih

Reka bentuk lain
i) 21 bilik dan lebih
Asrama dan Dormitorii) 4 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter persegi

ii) 6 tingkat dan lebih
PejabatKetinggian melebihi 30 meter atau 10,000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)
Kedai2001 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
Kilangi) Satu tingkat 2001 meter persegi dan lebih yang terpasang sistem semburan automatik

ii) 2 tingkat di mana setiap lantai dibinia sebagai ruang berasingan, pembinaan tunggal atau teres melebihi 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)

iii) 3 tingkat dan lebih

iv) Kilang Bertingkat Pembangunan Blok Pendekatan langkan Terbuka 2 tingkat dan lebih di mana setiap ruang melebihi 7000 meter padu

v) Struktur Khas -
- Kompleks kilang seperti kopleks kisar minyak sawit, kilang penapis minyak, kerja simen, dll

- Proses berbahaya
Tempat Perhimpunani) Bangunan tanpa sistem penyaman udara pusat 2000 meter persegi dan lebih

ii) Bangunan dengan sistem penyaman udara pusat melebihi 1000 meter persegi atau dengan muatan 1000 orang dan lebih
Storan dan Ami) Struktur tempat letak kereta bawah tanah melebihi 1000 meter persegi

ii) Lebih daripada 7000 meter padu

iii) 2 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)

Premis baru yang telah memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness – CF ) atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (Temporary Certificate of Fitness – TCF) atau Certificate of Completion and Compliance (CCC) hendaklah membuat Permohonan Sijil Perakuan Bomba.

Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri atau Pejabat Zon Bomba di mana tempat terletak premis ditetapkan tersebut yang merupakan pejabat memproses apa-apa permohonan Perakuan Bomba.

Borang I hendaklah dikemukakan oleh pemohon dengan menyediakan maklumat-maklumat seperti yang berikut:-
  1.  Salinan CCC atau CFO
  2. Pelan Bangunan (yang telah diperakukan oleh JBPM semasa pengeluaran CCC/CFO)
  3. Surat pemilikan premis terkini
  4. Hak milik tanah
  5. Salinan cukai pintu
  6. Lesen perniagaan

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia akan menentukan satu tarikh kepada pemohon bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis ditetapkan. Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang baik, dan memuaskan, dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran dibuat sijil perakuan bomba akan dikeluarkan.

Ditetapkan adalah selama dua belas (12) bulan. Tempoh berkuatkuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis.

Semua premis ditetapkan hendaklah disambungkan secara elektrik atau melalui telefon ke Balai Bomba yang paling hampir dengan memirau papan suis untuk mengadakan penyampaian penggeraan dengan serta merta dan secara automatik dalam hal kecemasan.

Get your Fire Certificate Now

Need to get Fire Certificate for your premise? Not sure what to do? Our certified consultant will guide you to get your fire certificate. Contact Us Now!

PEMBAHARUAN

Sijil Perakuan Bomba berkuatkuasa untuk satu tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap tahun.

Permohonan bagi pembaharuan sijil hendaklah menggunakan Borang III dan dibuat tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh sijil perakuan bomba itu. Pembayaran bagi pembaharuan sijil adalah separa daripada pembayaran sijil perakuan bomba yang pertama kali dibuat.

Penalti sebanyak RM100.00 boleh dikenakan kepada permohonan bagi pembaharuan sijil perakuan bomba yang dikemukakan kurang daripada 30 hari daripada tarikh tamat tempoh. Permohonan itu haruslah dikemukakan selepas tarikh tamat tempoh dengan menggunakan Borang I dan pembayaran penuh sebagaimana permohonan yang pertama kali dibuat.

PENGUBAHSUAIAN (PERUBAHAN KEADAAN) PREMIS DITETAPKAN

Premis ditetapkan yang telah mempunyai Sijil Perakuan Bomba yang masih berkuatkuasa tidak boleh membuat apa-apa pengubahsuaian (perubahan keadaan) yang menyebabkan kelengkapan keselamatan kebakaran menjadi tidak mencukupi. Sebelum melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian bermula, pemohon hendaklah mengemukakan pelan cadangan kepada jabatan ini. 

Selain itu, pihak jabatan akan menyemak pelan yang dikemukakan dan menurunkan sijil perakuan ke atas pelan cadangan. Seterusnya pemeriksaan akan di aturkan sebelum pengeluaran sijil perakuan bomba. Sijil perakuan baru akan dikeluarkan jika membuat pembayaran manakala sijil perakuan bomba pindaan dikeluarkan jika tidak membuat pembayaran.

RAYUAN

Rayuan boleh dibuat oleh mana-mana pemohon kepada Menteri setelah pemberitahuan keengganan atau keputusan tersebut:-

  1. Ketua Pengarah enggan mengeluarkan perakuan bomba.
  2. Syarat-syarat yang dikenakan atas perakuan dikeluarkan tidak dipatuhi
  3. Dengan apa-apa keputusan oleh Ketua Pengarah dengan meminda perakuan bomba atau perakuan bomba yang baru.

KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH PERAKUAN BOMBA

  1. Membuat perubahan keadaan pada premis ditetapkan yang perakuan bomba sedang berkuatkuasa tanpa notis.
  2. Tidak mematuhi arahan supaya mengambil langkah-langkah menjadikan pepasanagn keselamatan kebakaran mencukupi. 
  3. Tidak mempunyai perakuan bomba.
  4. Membuat atau memalsukan atau memiliki suatu perakuan bomba.
  5. Membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat palsu semasa membuat permohonan.
  6. Memindahkan atau menyerahhakkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan perakuan bombanya.
  7. Tidak memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai perakuan bomba hilang atau musnah,
  8. Tidak mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki.
  9. Tidak mempamerkan perakuan bomba pada setiap masa.

Sumber dan disahkan oleh Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia

Read this in English

Sekiranya anda memerlukan perunding dalam memenuhi kriteria oleh BOMBA, hubungi kami : 03-78314791 (waktu pejabat) or  WhatsApp us (24 jam) untuk berkomunikasi dengan Team Support kami.

Kami menawarkan konsultasi keselamatan kebakaran khusus berkaitan dengan projek pakar atau masalah keselamatan kebakaran tertentu. Dapatkan Sijil Perakuan BOMBA untuk bangunan anda dengan segera!!

support

support

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top