Pengesan Kebakaran : Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran Berfungsi

Pengesan Kebakaran : Bagaimana Sistem Pengesan Kebakaran Berfungsi

Pengesan kebakaran salah satu alat pencegah kebakaran yang semakin menjadi pilihan. Waktu yang diperlukan untuk api marak dan terbakar sangat pantas.

Ia bermakna antara waktu itu samaada kita boleh menyelamatkan diri atau menjadi mangsa.

Oleh sebab itu sistem perlindungan kebakaran di rumah amat penting sebagai persediaan seandainya kejadian kebakaran berlaku. Namun, masih ada yang tertanya-tanya bagaimana sistem pengesan kebakaran berfungsi?

Perlindungan kebakaran tanpa wayar dan pemantauan penggera adalah pilihan terpantas dan paling dipercayai untuk melindungi keluarga, rumah dan barang berharga walaupun ketika anda tidak berada di rumah.

 

Penggera kebakaran tanpa wayar ini diprogramkan untuk menandakan penggera tanda api sebagai amaran kepada penghuni atau pemilik rumah.

Apabila sistem penggera kebakaran berbunyi di rumah, terpulang kepada penghuni untuk menilai keadaan dan boleh terus menghubungi anggota bomba.

Sekiranya sistem perlindungan kebakaran dipantau oleh perkhidmatan pemantauan pelanggan, pekerja yang bertugas akan segera ke rumah bagi memberi perkhidmatan kecemasan.

Kelebihan Memasang Penggera Kebakaran Tanpa Wayar

1. Menjimatkan Duit

Kos kerugian harta benda melebihi berbilion ringgit setiap tahun dan menjimatkan sehingga 20% ke atas insurans rumah.

2. Jimatkan Masa Pemasangan

Pemasangan penggera tanpa wayar menjadikannya projek mudah-sendiri tanpa perlu memasukkannya melalui dinding.

3. Sentiasa berhubung

Sentiasa menjadi alat “panggilan” sebagai sistem atau perkhidmatan pemantauan. Anda akan mengetahui ancaman kebakaran dengan segera.

4. Perkhidmatan Pantas

Perkhidmatan kecemasan 24/7, walaupun anda tiada rumah.

Cara Pilih Sistem Perlindungan Kebakaran Yang Betul

Sebaik sahaja anda telah menentukan keperluan khusus rumah dan keluarga anda, pilih beberapa produk dan perkhidmatan pengawasan yang bereputasi.

Antara soalan pertama yang perlu anda tanya ialah sama ada penyedia perkhidmatan itu akan menguji sistem perlindungan yang dipasang dirumah atau tidak.

Apa Perkara Lain Yang Perlu Anda Pertimbangkan

1. Adakah penyedia perkhidmatan menyediakan ujian tahunan dan pemeriksaan secara sistematik?

2. Adakah pegawai perkhidmatan yang terlibat terlatih secara profesional untuk menangani situasi kecemasan?

3. Adakah penyedia perkhidmatan tersebut menawarkan kaedah hubungan rumah pemilik secara mudah seperti telefon pintar, pad, komputer, telefon bimbit yang boleh di akses melalui web?

4. Bolehkah peranti perlindungan tambahan ditambah kemudian?

5. Adakah cadangan atau laluan alternatif dan komunikasi turut disediakan?

Pendapat kami, jika rumah anda ditinggalkan selama berjam-jam atau anda sering berada di luar, perkhidmatan pemantauan seperti ini adalah yang terbaik dan mudah untuk digunakan.

Kami berharap persoalan Bagaimana Pengesan Kebakaran Berfungsi telah pun terjawab.

Tidak tahu produk apa yang sesuai nak pilih?

Izinkan kami untuk membantu anda. Kami adalah Pembekal Pemadam Api Murah dan menyediakan Sistem Perlindungan Kebakaran di Malaysia.

Hubungi kami di 03-7831 4791 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan dapatkan khidmat konsultansi professional sekarang!

admin

admin

Leave a comment

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Be the first one to get our latest news, info, discounts and many more!

error: Content is protected !!
Scroll to Top